About Pusat Tuisyen Perintis Didik

Encik Muhammad Alisam Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sam menyedari bahawa perkongsian ilmu bukan terletak pada bahu guru sekolah semata-mata sebaliknya semua pihak perlu turut memainkan peranan dalam usaha mendidik generasi muda iaitu para pelajar untuk menjana kecemerlangan dalam pendidikan.

PERKHIDMATAN PRIVATE TUITION ATAU TUISYEN PERSENDIRIAN

PERKIHDMATAN TUISYEN1

Salam para pengunjung yang budiman,

Setelah menerima dan mendapat beberapa maklum balas dan permintaan daripada ibubapa berhubung dengan kelas ‘private tuition’ atau tuisyen persendirian, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ‘private tuition’ kepada pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan ini.

Berikut merupakan SOAL JAWAB berhubung kelas ‘private tution’ ini:

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘private tuition’ ini?
Private tuition adalah sesi pembelajaran yang melibatkan seorang hingga dua orang pelajar sahaja beserta seorang guru. Ini bermakna guru tersebut akan berdepan dengan mereka sahaja sepanjang sesi pembelajaran. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa yang dijalankan di Pusat Tuisyen Perintis Didik yang menempatkan maksimum 10 pelajar setiap kelas.

Mengapa wujudnya ‘private tuition’ ini?
Sesetengah ibubapa ingin memastikan guru untuk memberi fokus kepada anak mereka sahaja. Dengan ini, pelajar tersebut mendapat 100% perhatian daripada guru tersebut. Selain itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, dan apabila mereka cuti sekolah, ibubapa akan memohon untuk mendapatkan khidmat ‘private tuition’ ini sepanjang musim cuti sekolah.

Dimanakan ‘private tuition’ ini diadakan?
Pihak kami memberi dua (2) pilihan kepada mereka yang ingin menggunakan khidmat ini iaitu dengan mengadakan kelas ini di rumah pelajar atau di Pusat Tuisyen Perintis Didik. Pusat Tuisyen Perintis Didik mempunyai bilik khas untuk ‘private tuisyen’ ini.

Bagaimana pula dengan kadar yuran?
Sudah tentu harga yuran adalah berbeza dengan harga yuran tuisyen biasa di Pusat Tuisyen Perintis Didik. Harga yuran adalah berbeza mengikut jumlah subjek, hari dan masa. Untuk keterangan lanjut, kami berbesar hati sekiranya sesiapa yang berminat untuk menghubungi Cikgu Sam talian 012-935 6449. Cikgu Sam akan menerangkan lebih terperinci berkenaan hal ini.

Apakah yang akan disediakan oleh pihak pusat tuisyen?
Sekiranya terdapat permintaan, pihak kami akan menguruskan segala-galanya berhubung ‘private tuition’ ini seperti menyediakan jadual mengikut kesesuaian waktu pelajar, urusan pembayaran yuran dan penyediaan bahan pembelajaran. Pihak kami juga akan mengenalpasti kelebihan dan kelemahan seseorang pelajar.

Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan ini?
Semua pelajar seawal usia tujuh (7) tahun hingga 17 tahun iaitu mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM. Turut terbuka kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk kali kedua.

TIPS-TIPS BERGUNA SEMASA MEMBUAT PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

Salam ceria khas untuk para pengunjung www.perintisdidik.com! Pada kali ini, Cikgu Sam ingin berkongsi lima (5) tips yang boleh dilakukan semasa membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan di sekolah.

TUMPU PERHATIAN

Tumpukan perhatian di dalam kelas

Beri Sepenuh Perhatian – Semasa belajar di dalam kelas, pastikan anda memberi sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar. Sekiranya ada sesetengah topik yang tidak difahami, cepat-cepat angkat tangan dan bertanya kepada guru. Jangan segan kerana ‘malu bertanya sesat jalan’. Orang yang selalu bertanya pasti akan mendapat banyak pengetahuan dan ganjaran!

Ulangkaji dan semakan pelajaran – Sekiranya anda mempunyai masa terluang, jangan lupa untuk membuat ulangkaji dan semakan pelajaran. Ulangkaji tidak semestinya dilakukan di dalam bilik sahaja. semasa menonton televisyen, selepas solat atau berehat bersama keluarga juga adalah masa yang sesuai untuk membuat ulangkaji. Pastikan buku rujukan dan nota sentiasa ada bersama anda. Lima hingga 10 minit sudah memadai untuk membuat ulangkaji dan semakan pada waktu tersebut!

Banyakkan membaca – Selain buku teks dan buku rujukan, anda juga hendaklah banyak membaca bahan-bahan lain seperti surat khabar, majalah dan melalui Internet. Dengan cara ini pengetahuan anda pasti akan bertambah. Jangan asyik membaca tentang komen dan status kawan-kawan di dalam facebook sahaja!

Tenangkan minda – Sebelum menghadapi peperiksaan, anda hendaklah lakukan perkara-perkara yang dapat menenangkan minda. Jangan terlalu bebankan fikiran dengan masalah-masalah yang boleh membuatkan anda murung dan berada dalam keadaan tertekan. Antara perkara-perkara yang boleh lakukan seperti mengaji selepas solat, berbual-bual bersama keluarga, makan buah-buahan, aktiviti senaman dan beriadah bersama kawan-kawan!

Usaha dan tawakal – Nampaknya anda sudah lakukan perkara-perkara yang Cikgu Sam katakan di atas. Anda sudah berusaha, selebihnya berserah dan tawakal kepada Tuhan. Banyakkan doa dan dapatkan restu daripada ibubapa tercinta. Pastikan sebelum memasuki dewan peperiksaan, anda telah pun dibekalkan dengan pengetahuan-pengetahuan tentang subjek berkaitan. Lapangkan jiwa dan minda, jawablah soalan dengan tenang! Selamat berjaya!

ULANGTAHUN 17 UNTUK ADAM SYAFIQ

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar kelas Biologi Tingkatan 5 kerana telah meluangkan masa untuk menyambut majlis ulangtahun untuk Adam Syafiq Ghazali. Walaupun majlis disambut secara sederhana sahaja, tetapi kesungguhan dan kegembiraan yang ditonjolkan melambangkan betapa para pelajar di Pusat Tuisyen Perintis Didik memupuk semangat bekerjasama dan sentiasa merapatkan jalinan ukhwah antara satu sama lain.

birthday1

 

birthday22

 

birthday2

 

birthday3

 

birthday5

 

birrthday6

 

birthday7

 

birthday8

 

birthday9

 

birthday10

PROGRAM CUTI SEKOLAH: PERINTIS CILIK 2012 SIRI KE-3 PADA MEI 2012

Salam ceria semua,
Pusat Tuisyen Perintis Didik sekali lagi berganding bahu dan bersatu padu dengan salah satu majalah pendidikan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd iaitu Majalah E-Baca akan mengadakan program khas musim cuti sekolah nanti pada bulan Mei 2012. Program tersebut dikenali sebagai PERINTIS CILIK 2012.

Untuk pengetahuan para pengunjung, Perintis Cilik ini telah memasuki musim atau siri yang ketiga dimana pada siri pertama dan kedua, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pelbagai aktiviti berkonsepkan santai tetapi padat dengan elemen pendidikan akan diadakan sepanjang program berlangsung.

Program Perintis Cilik ini akan diadakan di Taman Pertanian, Bukit Cahaya Sri Alam pada 26 dan 27 Mei nanti bersamaan hari Sabtu dan Ahad. Yuran yang dikenakan juga sangat murah dan berpatutan iaitu RM100.00 sahaja untuk kedua-dua hari tersebut!
Program yang turut mendapat kerjasama dari Queen Lab Marketing Sdn Bhd ini juga hanya terhad kepada 80 peserta sahaja yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sekolah rendah. Sekiranya ada yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh menghubungi Pusat Tuisyen Perintis Didik atau wakil dari Majalah E-Baca. No. telefon boleh diperole dari poster yang tertera dibawah. Cepat daftar kerana pengambilan terhad. Untuk maklumat lanjut, sila klik poster dibawah:

Presentation1

Gambar-gambar dibawah merupakan sebahagian kenangan-kenangan semasa program Perintis Cilik berlangsung pada tahun sebelumnya. Mari kita lihat:-)

cuti1

 

cuti2

 

cuti3

 

cuti4

 

cuti5

 

cuti6

 

cuti7

 

cuti8

 

cuti9

 

cuti10

 

 

LIMA (5) KUNCI MENCAPAI MATLAMAT HIDUP

Ingin tahu bagaimana untuk mencapai matlamat dalam hidup? Dapatkan Majalah e-baca iaitu sebuah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd keluaran Mac 2012. Cikgu Sam dari Pusat Tuisyen Perintis Didik telah berkongsi lima (5) kunci untuk merealisasikan matlamat hidup anda!

Banyak lagi topik-topik menarik dalam majalah e-baca! Dapatkan segera di pasaran:-)

Cover ebaca Feb 12

Matlamat Hidup

TALENT CLASS – KELAS SENI LUKIS DAN SENI REKA UNTUK ANDA!

Salam ceria para pengunjung yang dihormati!

Pusat Tuisyen Perintis Didik sekali lagi mengorak langkah mencungkil bakat terpendam para pelajar dengan mengadakan kelas istimewa ‘TALENT CLASS’ khas untuk pelajar-pelajar yang meminati bidang seni lukis dan seni reka. Kelas ini akan diadakan pada setiap JUMAAT bermula 8.30 malam hingga 10.00 malam bertempat di Pusat Tuisyen Perintis Didik, Seksyen 7, Shah Alam.

Bagaimana pula dengan yurannya? Oh ya, kelas ini terbuka kepada adik-adik berusia tujuh (7) hingga 15 tahun. Yuran yang dikenakan sangat murah iaitu RM50 sahaja setiap bulan. Kelas Seni Lukis & Seni Reka ini akan diajar oleh Tutor Izzah iaitu seorang graduan yang berpengalaman dan mempunyai kelayakan dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Daftar segera kerana pengambilan sangat terhad. Untuk setiap kumpulan terhad kepada 10 pelajar sahaja. Lebih fokus lebih tumpuan. Serlahkan bakat dengan menyertai kelas-kelas istimewa anjuran Pusat Tuisyen Perintis Didik, menjejak generasi cerdik pandai!

 

SENARAI SUBJEK TAHUN 2012

Senarai Subjek 2013

Berikut merupakan senarai subjek yang ditawarkan di Pusat Tuisyen Perintis Didik:

UPSR ( Darjah 1 hingga 6)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains

PMR (Tingkatan 1 hingga 3)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi

SPM (Tingkatan 4 dan 5)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
  • Ekonomi Asas
  • Sains Sukan
  • Sains

Sila hubungi 012-935 6449 (Cikgu Sam) untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung tuisyen di Perintis Didik seperti harga yuran, jadual kelas dan sebagainya.

SOAL JAWAB BERSAMA PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK!

Salam ceria dan selamat tahun baru diucapkan kepada para pengunjung laman sesawang Pusat Tuisyen Perintis didik, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Semoga tahun 2012 dapat memberi keazaman yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Untuk post pada kali ini, Pusat Tuisyen Perintis Didik ingin mengadakan sesi soal jawab berkaitan tuisyen. Mari kita sama-sama baca!

Apakah yang dimaksudkan dengan TUISYEN?
Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan tuisyen berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu ‘tuition’ yang membawa maksud ‘pengajaran’.

Mengapakan tuisyen itu perlu?
Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran atau tertinggal dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar-pelajar berkenaan mungkin menghadapi pelbagai kekangan seperti tidak minat belajar, sukar untuk memahami tentang sesuatu subjek dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian di dalam kelas sehingga pelajar berkenaan tertinggal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seseorang pelajar memerlukan tuisyen iaitu bimbingan tambahan.

Apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang pelajar boleh tertinggal matapelajaran di dalam kelas?
Terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar tertinggal pelajaran di dalam kelas. Antara faktor utama ialah jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas iaitu sekitar 30 hingga 40 pelajar. Apabila terlalu ramai, guru sekolah tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajar ini. Selain itu, pelajar juga boleh tertinggal kerana faktor persekitaran seperti kebersihan kelas, pergaulan yang tidak terkawal dan waktu belajar yang terlalu panjang.

Apakah perbezaan antara pembelajaran tuisyen dan pembelajaran di sekolah?
Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Ramai yang menyalah anggap peranan tuisyen yang sebenar dan meletakkan peranan tuisyen seperti pembelajaran di sekolah. Peranan utama tuisyen adalah pelatihan (coaching), para pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen/tutor untuk menguasai pemahaman tentang sesuatu subjek disamping memberi latihan dan latih tubi (bergantung kepada jenis subjek).

Apakah kelebihan sekiranya pelajar belajar di Pusat Tuisyen?
Pusat tuisyen menawarkan pelbagai kelebihan untuk pelajar-pelajarnya. Seperti PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK, keutamaan adalah terletak pada keakraban antara guru tuisyen/tutor dan para pelajar. Elemen ini adalah penting agar penyampaian ilmu dapat disampaikan dengan lebih sempurna. Oleh itu, PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK menghadkan pengambilan pelajar yang telalu ramai (lingkungan 10 hingga 15 pelajar sahaja setiap kelas). Dengan cara ini, guru tuisyen/tutor dapat mengenali pelajar-pelajarnya dengan lebih dekat lagi, secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat memberi perhatian dalam sesi pembelajaran kelas.
kelebihan tuisyenSelain itu, PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK amat menekankan soal kebersihan dan keceriaan kelas. Soal kebersihan adalah penting agar pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan tenang. Buat masa sekarang PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK hanya mengadakan kelas pada waktu malam sahaja (8.00 – 10.00 malam) kerana pada waktu tersebut, minda pelajar lebih segar dan dapat menerima input subjek-subjek yang dipelajari. PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK juga sentiasa cakna dan berusaha untuk tidak membebankan paraibubapa dan penjaga. Oleh itu, yuran yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Justeru, pilihan untuk belajar tuisyen adalah satu pilihan yang sangat tepat. Penuhi aktiviti pelajar dengan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat untuk masa hadapan mereka. Pupuklah minat dan minda generasi-generasi muda ini agar terus dahagakan ilmu pengetahuan. PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK SEDAYA UPAYA membantu para pelajar untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.

PENDAFTARAN TUISYEN TAHUN 2012 BERMULA!

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua pengunjung laman sesawang Pusat Tuisyen Perintis Didik! Dengan penuh sukacita, pihak kami ingin memaklumkan, pendaftaran tuisyen untuk tahun 2012 di Pusat Tuisyen Perintis Didik, Seksyen 7, Shah Alam sudah bermula! Waktu pendaftaran bermula 8.00 malam – 10.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat (Sabtu & Ahad ditutup).Tuisyen ini terbuka kepada semua pelajar samada sekolah rendah atau sekolah menengah. Cepat daftar kerana pengambilan adalah terhad. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Tuisyen Perintis Didik talian 012-935 6449.

HARGA YURAN YANG SANGAT BERPATUTAN, ANDA PASTI BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN DARI PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK. MENJANA KECEMERLANGAN GENERASI BARU!