NUKILAN INDAH: GUNDAH GULANA BONDA AMINAH

 Assalamualaikum,

Terdetik dihati Cikgu Sam untuk berkongsi sebuah nukilan indah yang telah dihasilkan oleh kekanda Cikgu Sam iaitu Puan Rita Masmura Ismail. Puisi ini begitu syahdu dan menjadi pendorong untuk Cikgu Sam memartabatkan diri dan keluarga demi agama tercinta. Harapan Cikgu Sam agar puisi ini turut menjadi pendorong untuk pengunjung-pengunjung di luar sana, insyaALLAH…

Buat adik-adikku yang tercinta…

 2hb Januari  2014

Selesai solat Subuh, aku mengintai di sebalik kesuraman bilik bonda Aminah. Aku melihat samar-samar bayang-bayangnya masih belum berganjak dari sejadah. Perlahan-lahan aku rapatkan telinga ke daun pintu untuk mendengar suaranya yang tenggelam timbul, dek esak sendu. Maha suci Allah, rupa-rupanya bonda menangis. Meluah bicara tersusuk rasa. Kedengaran…

 
“Abang, sekiranya kau masih hidup lagi kau tentu berbangga dengan anak-anak kita,
Dara suntimu  secantik aku isterimu,
Terunamu sekacak setampan  dirimu,
Kebijaksanaan mereka saling tidak tumpah seperti kebijaksanaanmu.
 
Abang, sekiranya kau ada tentu kau bangga,
Menantumu sebaik dirimu,
Keletah cucumu ibarat gurauanmu.
 
Abang, terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kerana meninggalkan benih cinta kita yang menyayangiku,
Terima kasih tidak terhingga kerana meninggalkan harta yang tidak ternilai buat diriku,
Anak-anakmu… hasratmu… impianmu… telah tercapai.
 
Abang, tetapi aku takut ketika ini, tiada siapa yang mendengar rintihanku,
Aku takut  impianku tidak akan tercapai,
Aku berusaha untuk tidak menangis, kerana aku tahu setiap titik airmataku akan menyebabkan mereka ke NERAKA,
Tetapi hatiku tetap gundah gulana dan airmata ini tetap mengalir setiap kali aku berbicara denganmu.
 
Abang, hasratku bukan harta yang aku cari, bukan duit yang ku minta,
Cuma anak-anak yang SOLEH,
Aku takut doa mereka tidak sampai kepada kita,
Aku takut mereka terus hanyut tanpa pedoman,
Aku malu dengan Allah, aku malu denganmu,
Aku rindu untuk berimamkan anak-anak lelaki kita,
Aku rindu untuk memeluk anak-anak perempuan kita,
Aku rindu dengan suasana itu,
Aku tidak tahu adakah hasratku itu tercapai kerana setiap waktu mengadap TUHAN yang satu,
Aku hanya keseorangan, tanpa anak-anak kita yang biasanya diulit tidur berbantalkan SYURGA DUNIA.
 

Ya Allah, begitu gundah gulananya hati bonda Aminah! Tiada kata lagi yang perlu aku ucapkan selain pelukan erat untuk bonda tercinta. “Ma, usah lagi kau bersedih. Anak-anakmu akan jadi anak yang soleh. Mereka akan menunaikan hasratmu sebelum kau menutup mata. Usahlah lagi kau membiarkan airmatamu tumpah kerana aku takut SYURGA akan berada jauh dari kami.”

Duhai adik- adik tercinta,
Ilmuku tidak sehebat kalian. Cuma aku mohon pada kalian usah lagi tidur, usah lagi leka dan biarlah bonda kita lena dengan mimpi yang indah dan menunggu kita di SYURGA…
 
AMIN
 

PENGAMBILAN PELAJAR BULAN FEBRUARI 2014

Salam ceria, salam sejahtera dan salam 1Malaysia!

Image Pelajar Lelaki MenengahMakluman kepada semua pelajar yang sedang tercari-cari pusat tuisyen di sekitar Shah Alam. Pusat Tuisyen Perintis Didik mempelawa pelajar-pelajar seawal usia 8 tahun hingga 17 tahun untuk menyertai Pusat Tuisyen Perintis Didik. Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, pusat tuisyen ini menawarkan pakej harga yang sangat berpatutan, perkhidmatan yang baik dengan persekitaran yang bersih serta selesa. Guru-guru yang dedikasi akan membimbing para pelajar untuk menempuh kecemerlangan dalam pendidikan.

Jangan lepaskan peluang ini. Hubungi segera CIKGU SAM ISMAIL talian 012-935 6449 (panggilan telefon, sms, whatsapp dan wechat) untuk keterangan lanjut.

JOM KONGSI: KSSR TERAP 1MALAYSIA

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membacamenulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur limadan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

 Sumber Maklumat : Portal Pendidikan Utusan

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Pusat Tuisyen Perintis Didik mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014! Semoga tahun 2014 ini memberi seribu keberkatan dan kebaikan kepada kita semua. Sama-sama kita tanam dan pupuk azam yang bermakna dalam diri untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Calendar_2014

Sebagai pembuka tirai 2014, Sedikit perkongsian yang boleh kita hayati bersama. Mari kita baca dan renungkan:-)

Oleh Ustazah Noraida Jamlie

Baiklah untuk hari ini, saya ingin menyambung semula kisah Saidina Umar ra. Kenapa perlu kembali mengenang sejarah? Kerana daripada situlah kita cuba untuk mencipta sesuatu yang luar biasa pada diri, tidak percaya?? Cubalah baca sejarah atau kisah orang-orang yang hebat, pasti anda dapat merasakan sesuatu yang luar biasa. Sekaligus auranya akan menyerap masuk di hati anda, di situlah akan bermulanya anda yang baru untuk keluar dari sesuatu yang menghimpit anda selama ini.

Jom! Mulakan kisah..

Setibanya Umar di rumah adiknya Fatimah, Umar mendengar suara yang membacakan ayat suci al-Quran, Umar lalu berkata dengan suara yang garang, “Suara apa yang aku dengar daripada rumah kamu ini!?”. Dengan suara yang terketar-ketar, Fatimah menjawab, “tidak ada apa-apa, kami sedang bercakap-cakap”. Umar kembali bertanya, “Aku dengar bahawa kamu menjadi pengikut Muhammad, apakah kamu berdua telah meninggalkan agama nenek moyang kamu?” Said bin Zaid adik iparnya pula yang menjawab, “Wahai kekandaku Umar, bagaimanakah pendapatmu, jika kebenaran bukanlah dari pihak agamamu?”.

Mendengarkan hal itu, lantas Umar bangun dan memukul Said sehingga tersungkur di tanah, dalam suasana genting itu, Fatimah bangkit dan membela suaminya, sebaliknya Umar menampar pula adiknya hingga jatuh dan mukanya berdarah! Allahu Akhbar! Dalam keadaan yang amat tegang itu, Fatimah berkata dengan berani, “Wahai Umar, sesungguhnya kebenaran tidak ada pada agamamu, aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, maka buatlah apa yang kamu suka, kami sudah tidak takut lagi pada gertakan kamu!”.

Melihatkan darah yang mula mengalir pada wajah adiknya itu, hati Umar berubah menjadi kasihan pada adik kesayangannya itu, lalu Umar berkata, “Kalau begitu berikan kepadaku kitab yang ada pada kamu itu, perdengarkan padaku apa syair yang diajarkan Muhammad kepadamu”. ingin tahu? Umar telah membaca surah Thahaa bermula ayat 1 hingga 14, setelah selesai membacanya Umar merasakan sesuatu kehebatan dan keagungan al-Quran meresap ke dalam hatinya. Masya Allah, itulah bukti mukjizat akan kebenaran dakwah yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Alhamdulillah, maka di situlah titik permulaan pada sebuah kisah yang panjang bagi Umar dalam mempertahankan agama Islam, subhana Allah. Hebat bukan?

Maka, di sini, saya sarankan, mencari ketenangan yang hakiki itu bukan pada tiket percutian, duit ratusan atau ribuan ringgit untuk berbelanja barangan mahal, pergi ke tempat terpencil atau desa, TETAPI mencari ketenangan itu cukup dengan membaca al-Quran, kerana apa? Kerana Allah sedang berbicara dengan anda. Semoga kisah hebat ini menjadi pencetus untuk azam tahun 2014. Jadilah seorang yang hebat. Hebat bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi hebat untuk keluarga, agama dan negara. Selamat memulakan tahun 2014 dengan hati yang ceria dan gembira:-)

PENDAFTARAN TUISYEN 2014

Assalamualaikum wbt,

Salam ceria, salam sejahtera dan salam 1Malaysia!

Pusat Tuisyen Perintis Didik menerima banyak panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (sms) daripada ibubapa dan pelajar untuk menyertai Pusat Tuisyen Perintis Didik. Kami sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih kerana memilih Pusat Tuisyen ini. Bagi memudahkan urusan ibubapa dan pelajar yang ingin mendaftar di Pusat Tuisyen Perintis Didik, berikut merupakan beberapa perkara asas yang boleh dikongsi bersama:

  1. Pusat Tuisyen Perintis Didik mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan pelajar untuk terus datang mendaftar atau berbincang di Pusat Tuisyen Perintis Didik. Anda boleh datang pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Kami sedia membantu anda dan akan menerangkan apa sahaja berkaitan dengan Pusat Tuisyen Perintis Didik:-)
  2. Terbuka kepada semua pelajar iaitu bermula darjah satu (1) hingga tingkatan lima(5). Selain itu, kami juga menawarkan tuisyen persendirian (private tuition) untuk para pelajar yang ingin belajar secara persendirian samada kelas tersebut ingin dibuat di pusat tuisyen atau di rumah anda.
  3. Untuk mengetahui tentang jadual kelas, sila rujuk butang PERKKHIDMATAN yang tertera di dalam laman sesawang ini. Begitu juga dengan harga yuran dan senarai subjek yang ditawarkan.
  4. Sekiranya anda memerlukan bantuan lain, sila hubungi Pengurus Pusat Tuisyen Perintis Didik iaitu Cikgu Sam Ismail talian 012-935 6449 atau emel pertanyaan anda menerusi emel perintisdidik@gmail.com. Insyaallah kami akan membantu anda sebaik mungkin.

Dari tahun ke tahun, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah berjaya melakar kejayaan dengan meningkatkan kecemerlangan para pelajar. Usaha ini akan diteruskan untuk masa-masa akan datang. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada warga Pusat Tuisyen Perintis Didik, sila hubungi kami segera!

Jadual Terkini 2014

 

 

 

PENDAFTARAN TUISYEN 2014 SUDAH BERMULA!!!

Flyer A5 copy - 2

Selamat tahun baru! Pendaftaran tuisyen tahun 2014 sudah bermula di Pusat Tuisyen Perintis Didik, Seksyen 7, Shah Alam. Terbuka kepada semua pelajar seawal usia 7 tahun (darjah 1) hingga tingkatan 5 (SPM). Dapatkan maklumat berkenaan harga yuran, jadual dan senarai subjek dengan menelefon Pusat Tuisyen Perintis Didik talian 012-935 6449 (Cikgu Sam Ismail).

Sekiranya anda mendaftar dengan menggunakan keratan yang terdapat di dalam poster di atas, anda layak untuk mendapat satu subjek percuma selama sebulan. Anda hanya perlu cetak (print) dan bawa keratan berkenaan ke Pusat Tuisyen Perintis Didik sebagai bukti!

SERTAI PERADUAN BEST INSTAGRAM ‘SAYA SAYANG BUKU’ JOM!!!

Peraduan Saya Sayang Buku 2013

Mari sertai Peraduan ‘Saya Sayang Buku’ anjuran Pusat Tuisyen Perintis Didik ini!

Sangat senang, anda hanya perlu ada akaun Instagram dan follow @perintisdidik. Ambil gambar anda atau sesiapa sahaja bersama buku/majalah/novel kegemaran dengan gaya kreatif, unik dan menarik. Kemudian upload gambar tersebut di Instagram anda dan jangan lupa masukkan #sayasayangbuku dan tulis @perintisdidik. Sangat mudah bukan!

Sepuluh (10) followers yang menepati syarat dan mempunyai gambar paling menarik dan unik berpeluang mendapat hadiah misteri dari Pusat Tuisyen Perintis Didik! Senarai pemenang akan diumumkan selepas tamat tarikh peraduan iaitu pada 28 Februari 2014!

Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada warga @perintisdidik di Instagram!!!

PROGRAM CUTI SEKOLAH: INTENSIF UPSR + KELAS BIMBINGAN AGAMA

PROGRAM CUTI SEKOLAH UPSR KELAS AGAMA

Panggilan untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun hadapan iaitu 2014!

Pusat Tuisyen Perintis Didik akan mengadakan kelas istimewa yang dikenali sebagai Program Intensif 2014 dan Kelas Bimbingan Agama Al-Quran & Fardhu Ain sepanjang bulan Disember 2013 ini. Program ini diadakan bagi mengisi musim cuti sekolah. Yuran yang dikenakan juga sangat murah iaitu hanya RM150.00 sahaja sebulan. Jangan buang masa kerana penyertaan sangat terhad iaitu lingkungan 10 pelajar sahaja setiap kelas. Untuk keterangan lanjut serta pendaftaran, sila hubungi Cikgu Sam Ismail talian 012-9356449. Terima kasih.

TAHNIAH PELAJAR UPSR 2013

Secara rasminya keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 telah pun diumumkan pada pagi semalam. Ada pelajar yang gembira apabila menerima keputusan yang memberangsangkan dan ada juga pelajar yang berdukacita dan hampa dengan keputusan peperiksaan tersebut. Kepada yang berjaya, Pusat Tuisyen Perintis Didik mengucapkan sekalung tahniah dan kepada yang kurang bernasib baik, UPSR bukanlah penamat kejayaan dalam kehidupan seseorang. Perjalanan masih lagi jauh dan teruslah berusaha pada masa-masa akan datang.

IMG_20131115_094737Pusat Tuisyen Perintis Didik sangat berbangga dengan kejayaan yang diperoleh para pelajar khususnya anak-anak didik di pusat tuisyen ini. Kejayaan yang mereka kecapi membakar semangat warga kerja Perintis Didik untuk meningkatkan lagi produktiviti bagi menjamin kecemerlangan pelajar pada tahun-tahun berikutnya.

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada anak saudara tersayang Cikgu Sam Ismail iaitu Aizat Faliq Firman Bakti dari Sekolah Kebangsaan Kerandang, Besut, Terengganu kerana mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

PROGRAM INFORMATIF ‘EASYMATH STUDY’ WARNAI PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK

Photo easymathPada 12 Oktober baru-baru ini, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah mengadakan satu program yang amat istimewa yang dikenali sebagai ‘EasyMath Study’. Program ini telah diberi secara percuma khas untuk pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Perintis Didik yang bakal menduduki peperiksaan SPM menjelang November nanti.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dikendalikan oleh tutor berpengalaman iaitu Cikgu Muhammad Afiq Ibrahim serta dibantu oleh beberapa tutor yang lain seperti Cikgu Muhammad Zulhilmi Azizal dan Cikgu Siti Umaira Roslee. Secara umumnya, tujuan utama program ini diadakan bagi mendedahkan para peserta untuk belajar Matematik dengan cara yang mudah, teknik belajar secara berkumpula serta mengaplikasikan tips-tips tambahan untuk subjek Matematik.

Bagi memeriahkan suasana, para pelajar juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah melalui sesi ‘Cabutan Bertuah’  serta mengumpul ‘Point Sticker’ untuk mendapatkan hadiah-hadiah misteri yang telah disediakan oleh Pusat Tuisyen Perintis Didik.

Program setengah hari ini telah mendapat reaksi yang sangat positif oleh para peserta. Dijangkakan ‘EasyMath Study’ untuk SIRI KEDUA (2) akan diadakan pada awal tahun 2014 nanti. Sesiapa yang berminat bolehlah daftar segera di Pusat Tuisyen Perintis Didik nanti.