28 PELAJAR BAITUL HASANAH, KLANG SERTAI PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK

Pada 29 Mei baru-baru ini, Pusat Tuisyen Perintis Didik menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Kompleks Baitul Hasanah, Klang. Kira-kira 28 pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini telah mendaftar di Pusat Tuisyen Perintis Didik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi.

Sebelum memulakan sesi tuisyen, Cikgu Sam Ismail telah menyampaikan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan dan pelajar-pelajar dari Baitul Hasanah kerana telah memberi kepercayaan kepada barisan tutor Pusat Tuisyen Perintis Didik untuk mengajar pelajar-pelajar berkenaan.

Pusat Tuisyen Perintis Didik sentiasa menyokong mana-mana organisasi yang ingin bekerjasama bagi memajukan dan meningkatkan pemahaman para pelajar tidak kira secara individu atau berkumpulan. Ucapan jutaan terima kasih kepada Cikgu Afiq kerana memilih Pusat Tuisyen Perintis Didik. Semoga perhubungan persaudaraan antara Kompleks Baitul Hasanah dan Pusat Tuisyen Perintis Didik diteruskan pada tahun-tahun akan datang.Pelajar Baitul Hasanah

Baitul Hasanah Klang adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor (Mais). Mula beroperasi pada tahun 2009 dan pengambilan pertama pelajar adalah pada tahun 2010.

Asrama Baitul Hasanah Klang dibina di atas tanah berkeluasan tiga ekar.  Terdapat sebuah bangunan asrama dan bangunan surau. Bangunan asrama terdiri daripada asrama pelajar putera, asrama pelajar puteri, dewan makan, perpustakaan, bilik bacaan, dewan tertutup, dewan terbuka dan pejabat. Kakitangan di Baitul Hasanah adalah seramai 29 orang yang bertugas sebagai naqib, naqibah (pengurusan kebajikan), pengurusan pembangunan pelajar dan pengurusan pejabat.

Bilangan pelajar yang menginap di Baitul Hasanah pada 2014 adalah seramai 154 pelajar. Pelajar-pelajar ini dihantar bersekolah di sekolah berdekatan dengan asrama. Bas disediakan untuk mereka sebagai pengangkutan ke sekolah. Semasa cuti sekolah pelbagai program telah dirancang untuk pelajar mengisi masa sepanjang mereka berada di asrama.

PENGAMBILAN PELAJAR SPM 2013 BERMULA

PERHATIAN IBUBAPA DAN PELAJAR!!!

Pengambilan pelajar untuk UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2013 sudah bermula! Sekiranya anda masih tercari-cari pusat tuisyen di sekitar Shah Alam, Pusat Tuisyen Perintis Didik adalah pilihan yang tepat. Kami menawarkan dua (2) sesi tuisyen iaitu pada waktu siang dan waktu malam bagi memudahkan ibubapa dan pelajar membuat pilihan. Jangan tunggu lama-lama!

Sertai Pusat Tuisyen Perintis Didik kerana tutor-tutor kami sentiasa membimbing anda untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Daftar segera dengan menghubungi Cikgu Amir Abas talian o13-609 9755 (sesi siang) atau Cikgu Sam Ismail talian 012-935 6449 (sesi malam). Kami dengan penuh sukacita sentiasa membantu dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda!

Sila semak maklumat lanjut berhubung jadual kelas, harga yuran dan senarai subjek yang ditawarkan pada tahun 2013 dalam ruangan ‘PREKHIDMATAN”. Sekian, terima kasih.

 

SAMBUTAN KELAS INTENSIF PRA 2013 UNTUK UPSR, PMR DAN SPM MENGGALAKKAN!

Alhamdullilah, Kelas Intensif Pra 2013 untuk tahap UPSR, PMR dan SPM yang bermula pada bulan November baru-baru ini telah berjalan dengan jayanya. Kelas tersebut masih diadakan seperti biasa hingga sekarang. Sambutan daripada pelajar-pelajar dan ibubapa juga sangat menggalakkan. Pusat Tuisyen Perintis Didik sedaya upaya memberi yang terbaik untuk para pelajar supaya dapat menambah pengetahuan tentang subjek yang dipelajari.

Kepada pelajar-pelajar yang ingin menyertai kelas Intensif ini, peluang masih lagi terbuka. Jangan buang masa kerana masa itu emas. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pusat Tuisyen Perintis Didik. Kelas ini terbuka kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2013 nanti.

PROGRAM CUTI SEKOLAH UNTUK CALON SPM:BENGKEL MATEMATIK “PERSEDIAAN KE TINGKATAN 5”

BENGKEL MATEMATIK

 

Ibubapa dan pelajar, program cuti sekolah bersama Pusat Tuisyen Perintis Didik kini kembali! Anda bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013? Ingin tingkatkan pemahaman dan kemahiran bagi subjek Matematik? Program ini adalah pilihan yang sangat tepat!

  • Sudah bersedia melangkah ke tingkatan 5?
  • Tercari-cari teknik dan cara menjawab soalan Matematik dengan mudah dan cepat?
  • Ingin tahu rahsia menguasai topik Matematik SPM?
  • Ingin tahu soalan-soalan Matematik yang sering keluar dalam peperiksaan SPM?

DAFTAR! DAFTAR!

Ini yang akan anda perolehi:

  • Cara dan teknik mudah dan cepat menjawab kertas soalan Matematik SPM
  • Lebih menguasai topik Matematik yang penting semasa anda berada di tingkatan 4 dan menjawab persoalan yang sering menjadi pertanyaan
  • Anda tidak ketinggalan topik tingkatan 4 apabila memasuki tingkatan 5 nanti
  • Pendedahan teori 30% dan latihan 70%
  • Anda akan diberikan “UJIAN BIJAK MATEMATIK” dan pelajar yang berjaya mendapat markah tertinggi akan menerima hadiah istimewa!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sila telefon Cikgu Sam Ismail (012-935 6449) untuk berdaftar dan dapatkan maklumat lanjut.

Bengkel hebat ini hanya untuk 25 PESERTA TERAWAL SAHAJA! Maklumat lanjut seperti berikut:

Tarikh: 29 & 30 Disember 2012 (Dua hari!!!)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Tuisyen Perintis Didik, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Yuran: RM80.00 sahaja (pelajar akan mendapat sijil penyertaan, makanan & minuman, CD Ebook Tips Cara Belajar Matematik

Penceramah:
Cikgu Muhammad Afiq Ibrahim
BSc Mathematics, UiTM
Certified NLP for Teachers
Tutor Matematik & Matematik Tambahan UPSR, PMR & SPM, Pusat Tuisyen Perintis Didik

KELEBIHAN UNTUK ANDA YANG MENDAFTAR!
Mendapat Majalah percuma keluaran Karangkraf Sdn Bhd
Cabutan Bertuah untuk SEMUA PESERTA! Semua akan mendapat hadiah!
Mendapat potongan sebanyak 50% sekiranya anda menyertai kelas tuisyen di Pusat Tuisyen Perintis Didik selama dua (2) bulan pada tahun 2013 nanti!

KELAS INTENSIF PMR DAN SPM BERMULA BULAN DISEMBER INI!

Perhatian kepada para ibubapa dan pelajar!

Makluman, KELAS INTENSIF PRA PMR DAN SPM 2013 akan bermula pada 3 Disember 2012 (Isnin) hingga 28 Disember 2012 (Jumaat). Sekiranya anda ingin berdaftar untuk menyertai kelas ini, sila hubungi Cikgu Sam Ismail (012-935 6449) atau Cikgu Amir Abas (013-609 9705).

Anda juga boleh kunjungi Pusat Tuisyen Perintis Didik sekiranya ingin berdaftar secara ‘walk-in’. Anda boleh datang berdaftar pada jam 5.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Anda digalakkan untuk menghubungi kami terlebih dahulu untuk memudahkan urusan TEMUJANJI.

KELAS TUISYEN UPSR PMR SPM 2013 DAN KELAS EXPRESS SABTU & AHAD KINI DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN

Flyers-Kelas-Intensif-2013 (F)

Sebarang pertanyaan berkenaan Kelas Pra Intensif 2013 dan Kelas Express Sabtu & Ahad boleh terus berhubung
Cikgu Sam Ismail 012-9356449 atau Cikgu Amir Abas 013-6099705.

Anda juga boleh terus mengunjungi Pusat Tuisyen Perintis Didik di Seksyen 7, Shah Alam untuk mendapatkan maklumat lanjut. Waktu pendaftaran bermula pada jam 5.00 petang hingga 10.00 malam.

KELAS TUISYEN INTENSIF 2013

Salam ceria untuk semua pengunjung laman web Pusat Tuisyen Perintis Didik. Sempena dengan musim cuti sekolah, Pusat Tuisyen Perintis Didik di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor akan mengadakan kelas intensif istimewa untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2013 nanti.

Kelas Intensif Pra 2013 ini akan diadakan sepanjang cuti sekolah. Pengambilan adalah terhad kerana satu kelas hanya memuatkan pelajar maksimum 10 orang sahaja. Lebih tumpuan dan lebih perhatian! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca post-post yang telah dimuat turun dalam laman sesawang ini. Jangan buang masa, isikan masa cuti sekolah anda dengan menyertai program ini. Berbaloi! Hubungi Pusat Tuisyen Perintis Didi dengan segera untuk sesi pendaftaran. Sekian, Terima kasih.

****************************************************************************************************************************************
Beberapa soalan dan jawapan mengenai program ini. Selamat membaca!

Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Intensif 2013?
Kelas Intensif 2013 adalah sebuah aktiviti pembelajaran yang dianjurkan oleh Pusat Tuisyen Perintis Didik. Kelas ini akan mendedahkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2013 nanti.

Apakah kelebihan Kelas Intensif 2012 ini?
Kelebihan Kelas Intensif 2013 ini ialah setiap kelas hanya memuatkan maksimum 10 orang sahaja. Oleh itu, tutor dapat memberi lebih perhatian kepada pelajar-pelajar di dalam kelas berbanding di tempat lain yang memuatkan pelajar antara 20 hingga 30 pelajar. Selain itu, yuran yang dikenakan juga amat murah dan berpatutan.

Bilakah Kelas Intensif 2013 ini akan diadakan?
Kelas Intensif 2012 akan diadakan sepanjang musim cuti sekolah ini. Kelas akan diadakan setiap hari mengikut tahap dan subjek yang diambil. Kelas akan diadakan pada waktu siang dan malam bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelajar-pelajar akan diberikan pelbagai latihan, nota dan ilmu berkaitan dengan subjek yang akan diambil. Pelajar juga akan didedahkan dengan topik-topik baru pada setiap mata pelajaran.

Apakah subjek-subjek yang ditawarkan?
Subjek-subjek yang ditawarkan ialah UPSR (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains), PMR (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi dan Sejarah) & SPM (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Sejarah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan)

Bagaimanakah cara untuk mendaftar Kelas Intensif 2012 ini?
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas intensif ini, anda hanya perlu menghubungi Pusat Tuisyen Perintis Didik talian 012-935 4449 (Cikgu Sam Ismail) atau 013-609 9705 (Cikgu Amir Abas) . Pusat Tuisyen Perintis Didik akan memaklumkan tentang pembayaran yuran dan juga jadual kelas berkaitan dengan lebih terperinci.

KELAS EXTRA & INTENSIF UNTUK BAKAL PELAJAR SPM 2012

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2012 nanti, anda berpeluang untuk berjuang lebih awal dengan menyertai Kelas Extra & Intensif SPM 2012 di Pusat Tuisyen Perintis Didik, Seksyen 7, Shah Alam.

Kelas ini telah berlangsung pada bulan November 2011 dan akan diteruskan hingga tahun hadapan. Kelas ini sangat istimewa kerana diadakan pada musim cuti sekolah. Ini secara tidak langsung para guru akan memberi sepenuh perhatian kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Lain-lain keistimewaan seperti:

  • Terhad 10 pelajar sahaja dalam satu (1) kelas.
  • Tenaga pengajar yang sangat dedikasi dan komited terhadap mata pelajaran yang diajar.
  • Pelbagai tips, latihan, latih tubi, penerangan dan kaedah-kaedah kreatif akan didedahkan agar para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas tentang subjek tertentu.
  • Yuran yang sangat berpatutan dan sama sekali tidak menyusahkan ibubapa/pelajar
  • Persekitaran yang bersih dan selesa bagi memastikan para pelajar memberi sepenuh perhatian.

Jangan buang masa, kelas sudah bermula TETAPI anda masih belum terlambat! Hubungi Cikgu Sam segera untuk menempatkan anak-anak anda dalam kalangan perintis yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

BAYARAN DAN HARGA YURAN SESI 2013 UNTUK UPSR, PMR DAN SPM

Senarai yang tertera dibawah merupakan bayaran bulanan dan harga yuran pakej bagi sesi tahun 2013 di Pusat Tuisyen Perintis Didik, Seksyen, 7, Shah Alam. Walaupun begitu, para pelajar juga boleh mendaftar mana-mana subjek tanpa mengikut harga pakej. Harga tanpa pakej adalah seperti berikut:

SPM
1 subjek RM50.00
2 subjek RM100.00
3 subjek RM150.00
4 subjek RM200.00
5 subjek RM250.00 RM235.00 (harga pakej, penjimatan RM15.00)
6 subjek RM300.00 RM270.00 (harga pakej, penjimatan RM30.00)

PMR
1 subjek RM45.00
2 subjek RM90.00
3 subjek RM135.00
4 subjek RM180.00
5 subjek RM225.00
6 subjek RM270 RM250.00 (harga pakej, penjimatan RM20.00)

UPSR
1 subjek RM40.00
2 subjek RM80.00
3 subjek RM120.00
4 subjek RM160.00 RM150.00 (harga pakej, penjimatan RM10.00)

 

*Yuran hendaklah dibayar setiap AWAL BULAN sebelum 7hb. Pelajar akan mengikuti kelas pada setiap minggu iaitu 4 -5 minggu setiap bulan. Kelas juga tetap akan diadakan pada cuti-cuti awam kecuali pada cuti Hari Raya Aidilfitri. Walaupun begitu, sekiranya terdesak, pihak tuisyen masih boleh berbincang dengan pelajar-pelajar sekiranya mereka mahu menggantikan kelas pada cuti awam.

FITNESS FIRST PENUHI TUNTUTAN SUBJEK SAINS SUKAN TINGKATAN 5

Baru-baru ini, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah membawa pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek Sains Sukan. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Seawal jam 10.30 pagi, mereka sudah berkumpul di perkarangan Pusat Tuisyen Perintis Didik.

Fitness First yang kami kunjungi ini terletak di Setia City Mall, Shah Alam. Semuanya berjalan lancar. Pelajar-pelajar cikgu semuanya begitu ‘excited’ menggunakan pelbagai peralatan yang disediakan di Fitness First tersebut.

Mari kita jenguk-jenguk beberapa keping gambar yang sempat dimuat turun. Semoga aktiviti-aktiviti sihat seumpama ini mampu memberi manfaat yang berguna kepada pelajar-pelajar di luar sana. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi Pusat Tuisyen Perintis Didik. Nanti Cikgu Sam boleh bawa pelajar-pelajar ke sana lagi.

fitness1

fitness2

fitness3

fitness4

fitness5

fitness6

fitness7