VALENTINE DAY TIDAK BOLEH DISAMBUT

Info Grafik Hari Valentine

 Dia dihukum bunuh, pada tanggal 14 Februari 269 M (sumber lain menyebutkan 270M) ketika pemerintahan raja Rom Claudius II , kerana giat menyebarkan agama Kristian Darum di kalangan Masyarakat Rom. Pada masa pemerintahannya, Claudius II memenjarakan orang-orang Kristian termasuklah Valentine kerana beliau seorang penyebar agama Kristian.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama Kristian tersebut dalam kalangan banduan-banduan penjara, di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh raja Rom menyebabkan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada tanggal 14 Februari.

Bagi penganut Kristian, valentine adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah punca orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

 Rumusan

Berdasarkan penerangan tadi, adalah jelas menunjukkan bahawa istilah hari kekasih atau valentine’s day bukanlah perayaan yang disyariatkan di dalam agama Islam. Oleh yang demikian orang-orang Islam adalah dilarang untuk menyambut dan merayakannya. kerana hari itu adalah asal-usulnya hari mengenang kematian paderi itu yang amat menyayangi agama mereka. Seterusnya dilabelkan sebagai hari kasih sayang . atau sebenarnya kasih sayang itu adalah terhadap st Valentine.

KEPUTUSAN FATWA 

 “Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

Boleh rujuk keputusan Fatwa beberapa negeri :

1)    Fatwa Kebangsaan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

2)    Fatwa Sarawak :  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day-sarawak

3)    Fatwa Johor : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-umat-islam-menyambut-hari-kekasih-valentines-day

DIHARAMKAN MENCAMPURADUK UNSUR AGAMA LAIN KE DALAM ISLAM 

Adalah Haram malah boleh membahayakan Aqidah Islam , jika kita mengikuti ajaran atau amalan agama-agama lain , atau memuja-muja dan menyanjung-nyanjung tokoh-tokoh keagamaan mereka, atau membesar-besarkan hari keagamaan mereka atau lambang-lambang keagamaan mereka dan seumpamanya. Perbuatan begini seolah-olah menganggap agama islam masih tidak sempurna sehinggakan perlu ditambahbaik oleh amalan-amalan dari agama lain. Maksud Firman Allah Taala : “dan sesiapa yang mencari ugama yang lain daripada ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi (kafir).” Sabda Nabi SAW : من تشبه بقوم فهو منهم

Maksudnya “Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama mereka) maka dia (dianggap) termasuk kaum (agama mereka) itu”.

KALAM NASIHAT

Sudah jelas kepada kita! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima acara keagamaan atau kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan berdalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengalu-alukan dan memuja-muja Valentine’s Day ? Bermula dari saat ini , hendaklah kita sedar dan kembali ke pangkal jalan yang sebenarnya, agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim (Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi). Kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan penyelamat di kala manusia gagal dengan sistem-sistem dan teori-teori ciptaan manusia sendiri.

Istiqomah lah , yakni berpegang teguhlah kepada Agama Allah . Tinggalkanlah pegangan-pegangan agama yang terpesong lagi sesat.

 • Maksud Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 145 :

Demi sesungguhnya! kalau Engkau masih mahu menurut kehendak hawa nafsu mereka (orang kafir) setelah datang kepadamu ilmu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya dengan (perbuatan kamu yang mengikut-ikut acara mereka itu), Sesungguhnya engkau adalah dari golongan orang-orang Yang zalim”

Tidak hairan lah kita , mengapa perayaan dan sambutan yang dianjurkan oleh puak puak Yahudi Laknatullah dan adat-adat resam agama lain, suka dan mudah diikuti oleh umat islam walaupun boleh meruntuhkan iman dan agama kita. Sebut apa sahaja perayaan yang ditajai mereka. Pastinya mendapat respon yang baik di kalangan umat islam yang jahil tentang agama nya . Pesta menyambut tahun baru masihi , sambutan April fool , Pesta rock Woodstock , Pesta Seks , pesta Prom dikalangan remaja sekolahan dan bermacam macam pesta lagi. Semuanya menjurus kepada perkara maksiat, kebinasaan malah menghancurkan aqidah islam , merosakkan krediabiliti bangsa ketimuran dan akan merosakkan keutuhan sesebuah negara . Namun pesta seumpama inilah yang menjadi ikutan dan kegilaan anak anak muda kita di zaman ini.

 Renunglah sabda Nabi SAW :

لتتبعن سنن من كان قبلكم ، شبرا بشبر، وذراعا بذراع، حتى لو دخلوا جحر ضب لتبعتموهم قالوا: يا رسول الله: اليهود والنصارى؟؟!! قال: ( فمن؟)…أخرجه البخاري

 Maksudnya : “Pasti kamu akan mengikut acara-acara orang-orang yang terdahulu dari kamu , sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta , sehinggakan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu akan tertarik mengikut mereka itu . Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah (yang engkau maksudkan itu) adakah Yahudi dan Nasara . Baginda bersabda : maka siapa lagi (kalau bukan mereka itu)”

• Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 :

“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau sanggup menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan (yang benar) kepadamu , maka Engkau tidak akan dapat bantuan dan pertolongan sedikit pun daripada Allah SWT”

 Semoga kita semua menjauhi larangan Allah Taala dan selamat dari bencana di dunia dan azab di akhirat nanti. Sebagai umat Islam, sama-sama kita ambil pengajaran ini dan jangan meraikan valentine’s day. Amin.

 

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>