PEJUANG UPSR HINGGA KE SAAT AKHIR BERSAMA PERINTIS DIDIK, SHAH ALAM

Perjuangan pelajar-pelajar darjah enam dari Baitul Hasanah melalui Lembaga Zakat Selangor untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 9 hingga 11 September 2014 perlu diteladani. Dalam tempoh beberapa hari sebelum tarikh peperiksaan tersebut, pihak pengurusan Baitul Hasanah dari Klang ini telah membuat perbincangan bersama pihak pengurusan Pusat Tuisyen Perintis Didik untuk para pelajar  menghadiri ‘kelas pecut’ dan secara intensif di Pusat Tuisyen Perintis Didik.

Seramai 25 pelajar telah menyertai kelas intensif ini dan kelas berkenaan telah diadakan beberapa hari termasuk Sabtu serta Ahad sehingga sanggup mengorbankan hari cuti mereka semata-mata untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahui sebelum menjelang peperiksaan. Antara subjek yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan kelompok kumpulan yang berbeza.

Dengan bantuan guru-guru dari Pusat Tuisyen Perintis Didik, kelas-kelas intensif ini telah beroperasi dengan jayanya dan para pelajar sangat gembira kerana dapat berkongsi ilmu hingga ke saat akhir.

Gambar Pelajar UPSR Baitul Hasanah

Pusat Tuisyen Perintis Didik sentiasa memberi khidmat yang terbaik untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar agar dapat menempa kejayaan pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Zakat Selangor kerana memberi kepercayaan kepada Pusat Tuisyen Perintis Didik untuk mencurah ilmu kepada pelajar-pelajar dari Baitul Hasanah, Klang ini. Tidak lupa kepara barisan tutor yang gigih berusaha membantu para pelajar. Semoga tali silaturahim ini berterusan dan berpanjangan. Selamat maju jaya kepada semua pelajar UPSR 2014!

 

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>