KELAS TUISYEN INTENSIF 2013

Pusat Tuisyen Perintis Didik November 20, 2012 2
KELAS TUISYEN INTENSIF 2013

Salam ceria untuk semua pengunjung laman web Pusat Tuisyen Perintis Didik. Sempena dengan musim cuti sekolah, Pusat Tuisyen Perintis Didik di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor akan mengadakan kelas intensif istimewa untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2013 nanti.

Kelas Intensif Pra 2013 ini akan diadakan sepanjang cuti sekolah. Pengambilan adalah terhad kerana satu kelas hanya memuatkan pelajar maksimum 10 orang sahaja. Lebih tumpuan dan lebih perhatian! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca post-post yang telah dimuat turun dalam laman sesawang ini. Jangan buang masa, isikan masa cuti sekolah anda dengan menyertai program ini. Berbaloi! Hubungi Pusat Tuisyen Perintis Didi dengan segera untuk sesi pendaftaran. Sekian, Terima kasih.

****************************************************************************************************************************************
Beberapa soalan dan jawapan mengenai program ini. Selamat membaca!

Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Intensif 2013?
Kelas Intensif 2013 adalah sebuah aktiviti pembelajaran yang dianjurkan oleh Pusat Tuisyen Perintis Didik. Kelas ini akan mendedahkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2013 nanti.

Apakah kelebihan Kelas Intensif 2012 ini?
Kelebihan Kelas Intensif 2013 ini ialah setiap kelas hanya memuatkan maksimum 10 orang sahaja. Oleh itu, tutor dapat memberi lebih perhatian kepada pelajar-pelajar di dalam kelas berbanding di tempat lain yang memuatkan pelajar antara 20 hingga 30 pelajar. Selain itu, yuran yang dikenakan juga amat murah dan berpatutan.

Bilakah Kelas Intensif 2013 ini akan diadakan?
Kelas Intensif 2012 akan diadakan sepanjang musim cuti sekolah ini. Kelas akan diadakan setiap hari mengikut tahap dan subjek yang diambil. Kelas akan diadakan pada waktu siang dan malam bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelajar-pelajar akan diberikan pelbagai latihan, nota dan ilmu berkaitan dengan subjek yang akan diambil. Pelajar juga akan didedahkan dengan topik-topik baru pada setiap mata pelajaran.

Apakah subjek-subjek yang ditawarkan?
Subjek-subjek yang ditawarkan ialah UPSR (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains), PMR (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi dan Sejarah) & SPM (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Sejarah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan)

Bagaimanakah cara untuk mendaftar Kelas Intensif 2012 ini?
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas intensif ini, anda hanya perlu menghubungi Pusat Tuisyen Perintis Didik talian 012-935 4449 (Cikgu Sam Ismail) atau 013-609 9705 (Cikgu Amir Abas) . Pusat Tuisyen Perintis Didik akan memaklumkan tentang pembayaran yuran dan juga jadual kelas berkaitan dengan lebih terperinci.

2 Comments »

  1. Laila May 22, 2013 at 3:57 pm - Reply

    Saya mempunyai anak berumur tujuh tahun tetapi masih tidak boleh membaca. Ada sebarang kelas untuk belajar membaca sepanjang musim cuti sekolah bulan Mei – Jun 2013 ini?

    • Pusat Tuisyen Perintis Didik May 27, 2013 at 2:22 am - Reply

      As salam Puan, buat masa sekarang kita tidak mengadakan sebarang kelas untuk belajar membaca sempena musim cuti sekolah untuk bulan Mei – Jun ini. Terima kasih.

Hantar Komen Anda »