AMALAN TOLONG-MENOLONG

Assalamualaikum wbt…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam.Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menurut baginda hingga ke akhir kiamat.

InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi tentang “AMALAN SALING TOLONG MENOLONG”

Sahabat yang dirahmati Allah,

Amalan bantu membantu sesama muslim sungguh mulia di sisi Allah SWT. Kebaikan yang akan diperolehi bukan sahaja kebaikan di dunia malahan kebaikan itu akan diperolehi semasa berada di hari akhirat. Ketika di hari akhirat hanya amal-amal soleh yang dilakukan semasa di dunia sahaja akan dapay membantu.

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, Baginda bersabda ,”Barangsiapa  yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesalahan daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia,nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan-kesusahan kiamat.Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan meliputi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya,nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.”(Hadis Riwayat Muslim)”.

Berdasarkan hadis diatas terdapat beberapa kebaikan,Antara kebaikannya ialah:

  • Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat.
  • Barangsiapa mempermudahkan bagi orang susah,nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
  • Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim,nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.
  • Allah sentiasa bersedia menolong hambanya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
  • Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menutup ilmu,nescaya Allah akn mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
  • Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah Allah( iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan meliputi mereka dan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang di sisinya.
  • Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Marilah sama-sama kita perbanyakan amal-amal soleh di dunia  ini dengan memberi pertolongan, sedekah dan kerja-kerja kebajikan kepada golongan fakir miskin, anak yatim, orang kurang upaya, warga emas dan sesiapa sahaja yang susah dan memerlukan bantuan dan pertolongan terutama mereka yang di timpa musibah dan bencana alam.

Selain daripada memberi pertolongan, kita juga diperintahkan supaya menutup aib saudara kita yang lain, dilarang sama sekali kita mengumpat,memfitnah, mengadu dan menceritakan keburukan orang lain.

Islam menggalakkan menuntut ilmu kerana orang berilmu tidak sama dengan orang jahil kerana orang berilmu akan mengetahui hukum hakam dan akan sentiasa beramal menuju ke syurga.Waallua’lam.

Yang ikhlas.

NOR HAFIPAH BINTI SUPIAN,

 

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>