AZAM 2015: AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN MESYUARAT KALI PERTAMA BERJALAN LANCAR

Alhamdullilah, syukur hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita semua masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut tahun baru 2015. Bagi meraikan tahun ini serta sempena sesi buka sekolah dijangka pada 12 Januari nanti, Pusat Tuisyen Perintis Didik giat mengadakan pelbagai perancangan dan aktiviti bagi meningkatkan prestasi dan imej pusat tuisyen tercinta ini.

Pada 4 Januari yang lepas, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah mengadakan program gotong royong dan telah disertai oleh beberapa kakitangan dan guru. Seawal jam 10.00 pagi, sesi gotong royong telah dimulakan. Tujuan utama aktiviti ini diadakan bagi tujuan membersihkan pusat tuisyen dari sebarang kotoran dan sampah sarap serta  memberi keselesaan untuk para pelajar sesi 2015 ini untuk belajar di Pusat Tuisyen Perintis Didik.

Pada 6 Januari bersamaan hari Selasa, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah mengadakan mesyuarat pada jam 10.00 malam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Sam Ismail serta dihadiri oleh guru-guru yang akan mengajar sepanjang tahun 2015 ini. Pelbagai agenda telah dibincangkan bagi memantapkan prestasi dan kecemerlangan pusat tuisyen seperi pelaksanaan sistem baru untuk penilaian pelajar, perancangan aktiviti dan program bersama para pelajar, pengurusan dan pentadbiran yang lebih sistematik dan sebagainya. Pelbagai perkongsian ilmu telah dicurahkan oleh guru-guru yang menghadiri mesyuarat ini.

IMG_1756

Insyaallah, sama-sama kita doakan agar Pusat Tuisyen Perintis Didik terus-menerus menerajui kejayaan dan kecemerlangan bukan sahaja untuk tahun 2015 tetapi untuk tahun-tahun akan datang.

 
  • January 8, 2015
  • BLOG

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>