MUDAHNYA BELAJAR BAHASA MANDARIN!

Sifumandarin

Dari Meja Kerja Sifu Mandarin: Siti Hawa binti  Ar Hj. Othman

Assalamualaikum dan salam hormat.

Bahasa Mandarin merupakan bahasa ketiga terbesar di dunia. Lebih 1.3 billion penduduk dunia boleh berbahasa Mandarin. Tidak hairanlah bahasa Mandarin hari ini menjadi bahasa yang penting di dunia.

Ramai yang ingin belajar Bahasa Mandarin untuk pelbagai sebab, seperti hendak membeli-belah di kedai milik kaum berbangsa Cina (bagi tujuan mendapatkan diskaun), untuk menyertai borong China, untuk belajar budaya kerja warga masyarakat Cina dan sebagainya.

Pada kebiasaannya, ramai yang ingin belajar Bahasa Mandarin kerana:

  • Rasa tertekan kerana rakan sekerja sering menggunakan Bahasa Mandarin di dalam pejabat sedangkan anda hanya terpinga-pinga!
  • Peluang pekerjaan yang lebih besar dalam pasaran kerja dengan kebolehan berbahasa Mandarin
  • Sering ke Negara China untuk memborong barang-barang dari China yang terlajak murah!
  • Ingin berurusan perniagaan dengan bangsa Cina di Malaysia yang rata-rata menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan.
  • Ingin menambah ilmu pengetahuan bahasa sebagai persediaan awal
  • Ingin melancong ke negara China seperti Guangzhou, Beijing, dan lain-lain lagi

Siapa Saya? Adakah Saya Layak Untuk Mengajar Anda Bahasa Mandarin?

Nama sGambar-siti-hawaaya Siti Hawa binti Ar. Hj. Othman, boleh panggil saya Cikgu Hawa. Saya berpengalaman mengajar kelas Mandarin lebih tiga tahun. Dilahirkan dalam keluarga yang  besar, adik-beradik seramai lapan orang.  Saya merupakan anak kelima dan yang sulung mendapat pendididikan Bahasa Cina sejak dari tadika lagi.

Hanya saya sahaja yang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pay Fong, antara sekolah menengah cina terbaik di Malaysia. Seterusnya, saya melanjutkan pendidikan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dalam bidang perakaunan. Saya sering bergaul dengan kawan–kawan yang bertutur Bahasa cina di UTAR, memandangkan hampir 95% pelajar UTAR berbangsa Cina.

Sejak tahun 2012 saya sudah mula membantu orang ramai  untuk fasih berbahasa Mandarin melalui pelbagai kelas, seminar dan workshop Bahasa Mandarin tidak kira melalui sektor kerajaan, swasta atau perseorangan.

Kemahiran yang selalu saya kongsikan bersama pelajar–pelajar saya ialah cara atau kaedah mudah dan berkesan agar mereka boleh mula bertutur Bahasa Mandarin secara ringkas tanpa segan silu. Seterusnya, mereka boleh berkomunikasi dengan baik dan yakin.

Anda berminat untuk menyertai program ini? Sila layari www.sifumandarin.com untuk keterangan lanjut!

 
  • February 26, 2015
  • BLOG

16 Responses to “MUDAHNYA BELAJAR BAHASA MANDARIN!”

  1. azliha taslim

    Assalamualaikum cikgu,, boleh saya nak dapatkan no telefon cikgu.

    Reply
  2. nurshahidatul azima binti salleh

    saya ingin bljr bahsa mandarin kerana tertekan rakan sekerja menggunakan bahasa mandarin dan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

    Reply
  3. Nurhaliza binti Md Khalid

    Saya ingin bertanya mengenai program bahasa madarin.. dari segi pembelajaran dan juga yuran? Boleh contact saya 0162946880 @ email saya..

    Reply
  4. Najihah nori

    Saya memerlukan seorang guru tuisyen dirumah utk mengajar anak saya yg berumur 6 tahun utk bahasa mandarin…sb anak saya preschool di sekolah cina…adakah cikgu boleh menolong anak saya utk mengusai bahasa mandarin

    Reply
  5. Sy perlu utk belajar bahasa mandarin kerana perniagaan sy yg bnyk berhubung dgn china main land.

    Reply
  6. nurul fadhila

    masih ada ke peluang utk belajar bhs mandarin ni? Boleh hubungi saya di 0179067736. terima kasih.

    Reply
  7. Berminat belajar dan berminat untuk anak-anak turut fasih berbahasa cina

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>