TUISYEN PERSENDIRIAN: UJIAN LISAN (ORAL) BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS

Selain menawarkan perkhidmatan tuisyen secara berkumpulan dan persendirian untuk subjek-subjek yang diajar di sekolah, Pusat Tuisyen Perintis Didik turut membuka peluang untuk mengajar tuisyen ujian lisan (oral test) bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk peringkat PT3 dan SPM.

Ujian tersebut merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh para pelajar sekiranya mahu meneruskan pelajaran untuk peringkat berikutnya. Pusat Tuisyen Perintis Didik akan mengikuti format dan sistem yang sama seperti dilakukan di sekolah.

Berikut merupakan beberapa ‘soal jawab’ tentang perkhidmatan tuisyen ujian lisan ini.

Adakah setiap pelajar perlu mengikuti tuisyen ujian lisan ini

Tuisyen ujian lisan ini adalah tidak wajib dan hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat sahaja. Tuisyen ini terbuka kepada semua pelajar yang akan menduduki ujian tersebut. 

Mengapa perlu mengambil tuisyen untuk ujian lisan ini?Tujuan utama tuisyen ujian lisan ini ditawarkan ialah bagi melatih pelajar-pelajar untuk berdepan dengan ujian yang akan diadakan oleh pihak sekolah. Terdapat segelintir pelajar yang masih lemah dalam ‘public speaking’ dan tidak menggunakan bahasa yang betul ketika ujian ini berlangsung. Terdapat juga pelajar yang mempunyai perasaan gemuruh atau ‘nervous’ dan tidak dapat melaksanakan ujian dengan baik.

Apabila pelajar mengikuti tuisyen ini, tutor akan mengajar dengan cara yang betul serta memberi tips agar proses ujian lisan ini berjalan dengan lancar kelak.

Berapa kali tuisyen ini akan diadakan?Tuisyen ini diadakan bergantung kepada kehendak pelajar. Ada pelajar yang mahu mengikuti tuisyen ini samada sekali seminggu, dua kali seminggu atau tiga kali seminggu. Semunya bergantung kepada kehendak ibubapa dan pelajar

Berapa jam tuisyen ujian lisan ini diadakan?

Tuisyen ujian lisan ini ini diadakan samada 1 jam, 1 1/2 jam atau 2 jam setiap sesi. Sebagai contoh, jam 8.00 malam hingga 9.00 malam, 8.00 malam hingga 9.00 malam atau 8.00 malam hingga 10.00 malam. Tuisyen ini ditawarkan setiap hari, bergantung kepada kelapangan tutor terlibat.

Susunan masa dan hari adalah tertakluk kepada perbincangan kedua-dua belah pihak ibubapa/pelajar dan Pusat Tuisyen Perintis Didik.

Dimanakah tuisyen ujian lisan ini diadakan?

Tuisyen ujian lisan ini diadakan samada di Pusat Tuisyen Perintis Didik atau di rumah pelajar. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada pelajar yang tinggal di sekitar Shah Alam dan sekitarnya.

Berapakah harga yuran yang dikenakan untuk pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini?

sekiranya tuisyen ini ingin diadakan di Pusat Tuisyen Perintis Didik, Untuk pelajar PT3, yuran ialah RM40.00 sejam manakala peringkat SPM ialah RM50.00 sejam. 

Sekiranya ingin dibuat di rumah pelajar, harga ialah RM50.00 – RM60.00 sejam untuk PT3 manakala peringkat SPM ialah RM60.00 – RM70.00 sejam. Harga yuran bergantung kepada jarak Pusat Tuisyen Perintis Didik ke rumah pelajar.

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Tuisyen Ujian Lisan ini, sila hubungi atau whatsapp Cikgu Sam Ismail talian 012-935 6449.

 

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>