PROGRAM ‘IDEA BISNES TUISYEN’

 

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia!

Berita baik untuk anda yang ingi mempelajari bidang perniagaan tuisyen!

Memandangkan Pusat Tuisyen Perintis Didik menerima banyak permintaan tentang operasi pusat tuisyen sebagai satu pilihan perniagaan yang memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah, maka Pusat Tuisyen Perintis Didik berbesar hati ingin mengadakan program khas yang dikenali senagai ‘IDEA BISNES TUISYEN’ khas buat mereka yang benar-benar berminat untuk menceburkan diri dalam industri pendidikan. 

Antara Pengisian Program bersama Pusat Tuisyen Perintis Didik: Idea Perniagaan Tuisyen iaitu:

YURAN HANYA RM150.00 SEORANG! MURAH DAN BERPATUTAN!

Mengapa anda perlu menyertai kursus ini?

Sekiranya anda sedang tercari-cari jenis perniagaan yang hendak diusahakan tanpa melibatkn modal yang tinggi dan tidak mengambil tempoh yang agak panjang, perkhidmatan tuisyen merupakan satu pilihan yang tepat.

Memandangkan bidang pendidikan merupakan bidang yang sangat penting untuk pembangunan bangsa, agama dan negara, perkhidmatan tuisyen sentiasa mendapat permintaan dan menjadi perhatian khususnya oleh para ibubapa.

Berbekalkan pengalaman lebih tujuh tahun dalam perniagaan tuisyen ini, banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama anda sekiranya anda menyertai kursus ini. Yuran sangat murah dan berpatutan. Jangan lengahkan impian anda untuk menceburi bidang perniagaan terutama dalam bidang perkhidmatan tuisyen ini.

Anda sudah nampak betapa banyaknya peluang yang diperoleh melalui bisnes tuisyen ini? Jadi, sertai sekarang! Dapat jumpa ‘face to face’ lagi bagus! Pasti banyak perkara yang boleh dikongsi!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Sam Ismail talian 012-935 6449. Pengambilan adalah terhad. Daftar segera!

 

6 Responses to “PROGRAM ‘IDEA BISNES TUISYEN’”

  1. Insan Kerdil

    As salam dan salam sejahtera,
    Apakah yang perlu saya lakukan untuk menyertai program ini?

    Reply
    • Pusat Tuisyen Perintis Didik

      Assalamualaikum dan salam sejahtera,
      Sekiranya Tuan berminat, sila whatsapp NAMA PENUH, NO. K/P, ALAMAT SURAT-MENYURAT & E-MEL Tuan ke no. tel 012-9356449 (Cikgu Sam Ismail). Pihak kami akan membalas whatsapp Tuan berserta info-info berkenaan program ini. Terima kasih.

      Reply
  2. Ammar Haqim

    Assalamualaikum, saya dari Pantai Remis, Perak dan ingin menyertai kursus ini. Apakah yang akan saya perolehi daripada penyertaan kursus ini. Terima kasih.

    Reply
    • Waalaikumsalam,
      Yuran penyertaan hanya RM150.00 sahaja seorang. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Peserta akan disediakan bahan-bahan bercetak berkenaan program ini seperti nota, modul dan sebagainya. Selain itu, peserta turut disediakan makan tengahari dan minum petang. Sijil penyertaan turut disediakan disamping hadiah istimewa daripada Pusat Tuisyen Perintis Didik.

      Sekiranya Tuan berminat, sila whatsapp NAMA PENUH, NO. K/P, ALAMAT SURAT-MENYURAT & E-MEL Tuan ke no. tel 012-9356449 (Cikgu Sam Ismail). Pihak kami akan membalas whatsapp Tuan berserta info-info berkenaan program ini. Terima kasih.

      Reply
  3. Pelajar IPT

    Salam sejahtera,
    Saya merupakan seorang pelajar. Adakah kursus ini sesuai untuk mereka yang bergelar pelajar? Jika ya, boleh Tuan terangkan?

    Reply
    • Salam sejahtera,
      Untuk makluman, program kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui selok-belok perniagaan tuisyen. Secara tidak langsung, program ini turut mengalu-alukan mereka yang masih belajar di IPT. Pendedahan idea perniagaan ini harus dikongsi terutama kepada mereka yang masih muda dan ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan tuisyen.

      Golongan pelajar juga boleh menceburi perniagaan ini kerana ianya tidak melibatkan kos yang tinggi. Antara modul yang sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai modal yang tinggi ialah pendedahan tentang tuisyen secara persendirian yang boleh dibuat di rumah para pelajar. Saya akan kongsikan lebih terperinci tentang tips dan idea untuk menjalankan tuisyen secara persendirian tanpa melibatkan premis pusat tuisyen.

      Jika berminat, sila whatsapp 012-935 6449 (Cikgu Sam Ismail) untuk ketahui dengan lebih lanjut.

      Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>