PENDAFTARAN TUISYEN 2018 TELAH TIBA

Tahun 2018 bakal menjelma!

Anda sudah mencari pusat tuisyen yang sesuai untuk anda? Sekiranya masih tercari-cari, apa kata anda jenguk-jenguk dahulu Pusat Tuisyen Perintis Didik yang terletak di  Seksyen 7, Shah Alam ini.

Berpengalaman hampir apan tahun dalam bidang pendidikan tuisyen, Pusat Tuisyen Perintis Didik akan mengadakan pengambilan pelajar tahun 2018 khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

Selain itu, tuisyen ini turut terbuka kepada pelajar-pelajar darjah 1 hingga 5, tingkatan 1, 2 dan 4 tetapi bergantung kepada permintaan. Lebih menarik, Pusat Tuisyen Perintis Didik turut menawarkan tuisyen secara persendirian khas untuk pelajar-pelajar yang memerlukan khidmat ini.

Jangan buang masa, sertai sekarang dengan menghubungi Pusat Tuisyen Perintis Didik talian 012-935 6449 (Cikgu Sam Ismail) untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang harga yuran, jadual dan lain-lain maklumat berkaitan. Siapa cepat dia dapat!

9 thoughts on “PENDAFTARAN TUISYEN 2018 TELAH TIBA

  1. Assalamualaikum Cikgu Sam. Saya ingin bertanya mengenai yuran Private Tuition & Normal Tuition bagi subjek teras & sains tulen untuk pelajar SPM 2018. Dan juga mengenai Kelas Pra 2018. Saya prefer kelas tuition pada weekend sahaja. Cikgu boleh reply kpd saya melalui email atau whatapp – 013 2401676. Terima kasih.

  2. Saya ingin menghantar anak saya. Tahun 4 pada 2018 ni. Boleh saya dapatkan info berkenaan kelas @ jadual kelas yang tersedia untuk sesi cuti sekolah nanti.

    • Ya, kita ada menawarkan tuisyen untuk tahun 4. Kelas akan bermula pada Januari 2018. Info berkenaan jadual dan yuran ada dinyatakan dalam ruangan PERKHIDMATAN. Saya juga boleh menghantar melalui whatsapp sekiranya pihak Tuan/Puan boleh berikan no telefon.

  3. Anak saya nama Nur Syuhada Sukri. Pt3 pada tahun 2018.’boleh bagi alamat tuisyen, jadual dan yuran ?
    Tkasih.

    Ibu: salina mohd sofian

    • Terima kasih dengan pertanyaan. Saya berikan butiran tuisyen tahun 2018 untuk rujukan.

      Subjek yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeri, Matematik dan Sains. Yuran yang dikenakan ialah RM180.00 sahaja setiap bulan. Semasa sesi pendaftaran, yuran pentadbiran akan dikenakan sebanyak RM50.00 setahun sekali sahaja.

      Kelas diadakan pada setiap Rabu dan Khamis bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Rabu untuk subjek Matematik dan Sains manakala pada hari Khamis ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

      Pusat Tuisyen Perintis Didik terletak di Jalan Kristal AR7/AR, Seksyen 7, Shah Alam. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi telefon/mesej/whatsapp 012-9356449 (Cikgu Sam Ismail). Semoga informasi yang diberikan adalah lengkap untuk rujukan Tuan/Puan. Terima kasih.

  4. As salam.
    Cikgu, jika berminat untuk menjadi salah seorang pendidik di Pusat Tuisyen Perintis Didik, bagaimana caranya ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *