PERKHIDMATAN

Setelah menerima dan mendapat maklum balas dan permintaan daripada ibubapa berhubung kelas persendirian atau ‘private tuition’, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas tersebut kepada pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition ini?

Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition adalah sesi pembelajaran yang melibatkan seorang hingga dua orang pelajar sahaja berserta seorang guru. Ini bermakna, guru tersebut akan berdepan dengan mereka sahaja sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa yang dijalankan di Pusat Tuisyen Perintis Didik yang menempatkan maksimum 10 pelajar setiap kelas.

Mengapakan wujudnya Kelas Tuisyen Persendirian /Private Tuition ini?

Sesetengah ibubapa ingin memastikan guru untuk memberi fokus kepada anak mereka sahaja. Dengan ini pelajar tersebut mendapat 100% perhatian daripada guru tersebut. Selain itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, dan apabila tiba cuti sekolah, ibubapa akan memohon untuk mendapatkan khidmat ini sepanjang musim cuti sekolah.

Dimanakan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition ini diadakan?

Pihak kami memberi dua (2) pilihan kepada mereka yang ingin mendapatkan khidmat ini iaitu dengan mengadakan kelas di rumah pelajar atau di Pusat Tuisyen Perintis Didik. Pusat Tuisyen Perintis Didik mempunyai bilik khas untuk menempatkan pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini.

Buat masa sekarang Kelas Tuisyen Persendirian di rumah pelajar hanya tertumpu di sekitar Shah Alam sahaja berikutan jadual guru-guru yang kian padat untuk mengajar luar dari kawasan Shah Alam. Pihak tuisyen memohon maaf atas kekurangan ini.

Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Semua pelajar seawal usia tujuh (7) tahun hingga 17 tahun iaitu mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM. Turut terbuka kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk kali kedua.

Bilakah perkhidmatan tuisyen persendirian ini diadakan?

Perkhidmatan tuisyen secara persendirian ini diadakan pada setiap hari iaitu Isnin – Jumaat antara jam 8.00 malam hingga 10.30 malam dan hari Sabtu & Ahad antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Bagaimanakan pula dengan kadar yuran?

Harga yuran adalah berbeza dengan yuran tuisyen biasa yang dikenakan di Pusat Tuisyen Perintis Didik atau mana-mana pusat tuisyen yang lain. Harga yuran adalah berbeza mengikut jumlah subjek, jumlah hari dan jumlah jam yang diminta oleh pelajar. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Sam Ismail talian 012-9356449.

Cikgu Sam Ismail akan menerangkan lebih terperinci berkenaan hal ini. Secara kasarnya, harga bayaran adalah seperti dibawah untuk panduan ibubapa/penjaga dan pelajar. Walaupun begitu, ianya tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.


 

PENDAPAT IBUBAPA YANG TELAH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TUISYEN PERSENDIRIAN DARIPADA PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK

 

Keputusan saya mengambil private tutor untuk dua orang anak yang bakal menduduki SPM tahun 2015 tidak menghampakan. Alhamdulillah terdapat peningkatan dlm kedua2 matapelajaran yang mereka ambil iaitu fizik dan kimia. Perbincangan yang aktif antara murid dan guru juga amat memberangsangkan. Terima kasih kepada Pusat Tuisyen Perintis Didik.

– Seksyen U12, Shah Alam


Saya bersyukur dgn keputusan peperiksaan Amir. Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan tunjuk ajar cikgu-cikgu untuk anak saya. Mohon dihalalkan segala urusan dan doakan Amir dapat memasuki IPTA untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Terima kasih sekali lagi.

– Bukit Tinggi, Klang


Selama pengalaman saya yang kerap kali menghantar anak-anak saya ke pusat-pusat tuisyen, ini adalah pusat tuisyen yang terbaik dan saya pasti akan terus menghantar anak2-anaksy ke Pusat Tuisyen Perintis Didik. Terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Sam dan team beliau yang sangat berdedikasi dalam mendidik anak-anak saya.

Bermula dengan anak sulung saya yang sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan selalu gagal setiap kali peperiksaan. Selepas beberapa bulan anak saya tuisyen di Pusat Tuisyen Perintis Didik, perubahan yang sangat mendadak saya lihat apabila anak saya mula memahami dan dapat membuat soalan latihan Matematik dengan baik.

Perubahan demi perubahan berlaku sehinggalah anak saya mendapat gred A dalam SPM beliau. Kini anak sulung saya sudah melanjutkan pelajaran dalam jurusan ‘Aircraft Engineering’ dan beliau masih lagi meneruskan tuisyen di Pusat Tusiyen Perintis Didik dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.

Semoga Pusat Tuisyen Perintis Didik akan terus berkembang dengan cemerlang serta menjadi salah satu pusat tuisyen yang terbaik di Malaysia yang akan terus mendidik anak-anak bangsa menjadi orang-orang yang berilmu, berjaya serta cemerlang di dunia dan akhirat.

– Seskyen 7, Shah Alam