TUISYEN BERKUMPULAN

FullSizeRender

Pusat Tuisyen Perintis Didik mempunyai enam (6) kelas yang boleh memuatkan tuisyen secara berkumpulan antara lapan (8) hingga 20 pelajar. Tuisyen Berkumpulan ini diadakan pada setiap hari (pada waktu malam antara jam 8.00 hingga 10.30 malam) mengikut subjek yang telah disusun dan ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Yuran yang dikenakan murah dan sangat berpatutan serta diberikan diskaun kepada pelajar yang memilih harga mengikut pakej yang telah ditawarkan. Sila KLIK untuk melihat senarai subjek dan jadual yang telah ditawarkan.

Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk belajar tuisyen secara berkumpulan di Pusat Tuisyen Perintis Didik, para pelajar perlu mengambil tindakan berikut:

  • Hubungi Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Pusat Tuisyen Perintis Didik iaitu Cikgu Sam Ismail talian 012-9356 449 untuk urusan temujanji pendaftaran atau terus pergi ke pusat tuisyen berkenaan yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam (sila rujuk ruangan Peta Lokasi Pusat Tuisyen Perintis Didik). Waktu pendaftaran bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
  • Semasa sesi pendaftaran, pelajar dikehendaki mengisi BORANG PENDAFTARAN PELAJAR dengan lengkap. Borang tersebut hanya boleh didapati di Pusat Tuisyen Perintis Didik.
  • Setelah selesai proses pendaftaran dan pembayaran yuran, pelajar sudah boleh memulakan kelas bersama pelajar-pelajar yang lain. Peringatan PENTING! setiap pelajar hendaklah membayar yuran pada setiap AWAL BULAN, selewat-lewatnya 7hb pada setiap bulan. Ini bagi memudahkan bahagian pentadbiran menguruskan bahagian kewangan dan perakaunan.

DSC_0087

Pelajar dikehendaki menyediakan dua (2) jenis yuran iaitu YURAN PENDAFTARAN (setahun hanya bayar sekali sahaja) berjumlah RM50.00 sahaja dan YURAN SUBJEK (bergantung kepada jumlah subjek yang hendak diambil atau harga pakej). Harga setiap subjek adalah berbeza mengikut darjah dan tingkatan.

Poster dibawah menerangkan secara ringkas tentang harga pakej bagi subjek untuk sekolah rendah tahap 1, UPSR, PT3 dan SPM. Berikut merupakan jadual harga yuran SETIAP BULAN mengikut darjah dan tingkatan:

Jadual Harga Subjek
Jadual Harga Subjek Menengah