TUISYEN PERSENDIRIAN / PRIVATE TUITION

Setelah menerima maklum balas dan permintaan daripada ibubapa berhubung tuisyen persendirian atau ‘private tuition’, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas berkenaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition ini?

Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition adalah sesi pembelajaran yang melibatkan seorang hingga dua orang pelajar sahaja berserta seorang guru. Ini bermakna, guru tersebut akan berdepan dengan mereka sahaja sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa yang dijalankan di Pusat Tuisyen Perintis Didik yang menempatkan maksimum 10 pelajar setiap kelas.

Mengapakan wujudnya Kelas Tuisyen Persendirian /Private Tuition ini?

Sesetengah ibubapa ingin memastikan guru untuk memberi fokus kepada anak mereka sahaja. Dengan ini pelajar tersebut mendapat 100% perhatian daripada guru tersebut. Selain itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, dan apabila tiba cuti sekolah, ibubapa akan memohon untuk mendapatkan khidmat ini sepanjang musim cuti sekolah.

Dimanakan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition ini diadakan?

Pihak kami memberi dua (2) pilihan kepada mereka yang ingin mendapatkan khidmat ini iaitu dengan mengadakan kelas di rumah pelajar atau di Pusat Tuisyen Perintis Didik. Pusat Tuisyen Perintis Didik mempunyai bilik khas untuk menempatkan pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini.

Carta 1

Bagaimanakan pula dengan kadar yuran?

Harga yuran adalah berbeza dengan yuran tuisyen biasa yang dikenakan di Pusat Tuisyen Perintis Didik atau mana-mana pusat tuisyen yang lain. Harga yuran adalah berbeza mengikut jumlah subjek, jumlah hari dan jumlah jam yang diminta oleh pelajar. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Sam Ismail talian 012-9356449. Cikgu Sam Ismail akan menerangkan lebih terperinci berkenaan hal ini. Secara kasarnya, harga bayaran adalah seperti dibawah untuk panduan ibubapa/penjaga dan pelajar. Walaupun begitu, ianya tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.

Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Semua pelajar seawal usia tujuh (7) tahun hingga 17 tahun iaitu mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM. Turut terbuka kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk kali kedua.

Buat masa sekarang perkhidmatan tuisyen di rumah terpaksa diberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan atau sekitar Shah Alam sahaja berikutan kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru untuk ke tempat yang jauh.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat ibubapa dan pelajar yang tinggal luar dari kawasan Shah Alam yang sangat memerlukan perkhidmatan ini, kami mencadangkan untuk mengadakan kelas tersebut di premis pusat tuisyen kami di Seksyen 7, Shah Alam. Kelas Tuisyen Persendirian turut dibuka pada hari Sabtu dan Ahad, tertakluk kepada permintaan dan perubahan dari masa ke masa.

Apakah subjek-subjek yang ditawarkan?

Antara subjek yang ditawarkan untuk tuisyen persendirian adalah seperti berikut:

  • Sekolah Rendah – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  • Sekolah Menengah – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi dan Perdagangan.

Berapakah harga yuran yang dikenakan?

Bermula 1 Mac 2017, harga yuran bagi tuisyen persendirian di PUSAT TUISYEN adalah seperti berikut:
  • Darjah 1, 2 & 3: RM40.00 sejam 
  • Darjah 4, 5 & 6: RM45.00 sejam 
  • Tingkatan 1, 2 & 3: RM50.00 sejam 
  • Tingkatan 4 & 5: RM55.00 sejam
Bagi tuisyen persendirian di rumah pula, harga ialah:
  • Darjah 1, 2 & 3: RM45.00 – RM50.00 sejam
  • Darjah 4, 5 & 6: RM50.00 – RM55.00 sejam
  • Tingkatan 1, 2 & 3: RM55.00 – RM60.00 sejam 
  • Tingkatan 4 & 5: RM60.00 – RM65.00 sejam

*harga tuisyen persendirian di rumah adalah berdasarkan jarak kilometer yang dikira dari Seksyen 7, Shah Alam. 

 


 

PENDAPAT IBUBAPA YANG TELAH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TUISYEN PERSENDIRIAN INI

 

Keputusan saya mengambil private tutor untuk dua orang anak yang bakal menduduki SPM tahun 2015 tidak menghampakan. Alhamdulillah terdapat peningkatan dlm kedua-dua subjek yang diambil iaitu Fizik dan Kimia. Perbincangan yang aktif antara murid dan guru juga amat memberangsangkan. Terima kasih kepada Pusat Tuisyen Perintis Didik.

– Seksyen U12, Shah Alam


Saya bersyukur dgn keputusan peperiksaan Amir. Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan tunjuk ajar cikgu-cikgu untuk anak saya. Mohon dihalalkan segala urusan dan doakan Amir dapat memasuki IPTA untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Terima kasih sekali lagi.

– Bukit Tinggi, Klang


Selama pengalaman saya yang kerap kali menghantar anak-anak saya ke pusat-pusat tuisyen, ini adalah pusat tuisyen yang terbaik dan saya pasti akan terus menghantar anak2-anaksy ke Pusat Tuisyen Perintis Didik. Terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Sam dan team beliau yang sangat berdedikasi dalam mendidik anak-anak saya.

Bermula dengan anak sulung saya yang sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan selalu gagal setiap kali peperiksaan. Selepas beberapa bulan anak saya tuisyen di Pusat Tuisyen Perintis Didik, perubahan yang sangat mendadak saya lihat apabila anak saya mula memahami dan dapat membuat soalan latihan Matematik dengan baik.

Perubahan demi perubahan berlaku sehinggalah anak saya mendapat gred A dalam SPM beliau. Kini anak sulung saya sudah melanjutkan pelajaran dalam jurusan ‘Aircraft Engineering’ dan beliau masih lagi meneruskan tuisyen di Pusat Tusiyen Perintis Didik dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.

Semoga Pusat Tuisyen Perintis Didik akan terus berkembang dengan cemerlang serta menjadi salah satu pusat tuisyen yang terbaik di Malaysia yang akan terus mendidik anak-anak bangsa menjadi orang-orang yang berilmu, berjaya serta cemerlang di dunia dan akhirat.

– Seskyen 7, Shah Alam


3f9b9f7a-38b7-42ec-83da-33d08e4cc885

Perbualan antara Pusat Tuisyen Perintis Didik bersama salah seorang ibu kepada pelajar SPM yang telah mengambil tuisyen secara persendirian di rumah. Pelajar ini memulakan tuisyen pada hujung tahun (Disember 2015) dan dalam tempoh beberapa bulan terdapat peningkatan daripada keputusan GAGAL kepada C+ untuk mata pelajaran Sains. Satu pencapaian yang cukup membanggakan!

Berikutan terdapat peningkatan dalam mata pelajaran tersebut, pelajar ini telah menambah satu lagi subjek untuk tuisyen persendirian iaitu Ekonomi Asas. Selamat maju jaya! InsyaALLAH, jika disertakan usaha dan semangat yang berterusan, pastinya pelajar ini mampu memperoleh keputusan yang cemerlang pada hujung tahun dan peperiksaan SPM nanti.


199062d2-e07c-4140-82ed-be94b0b7986d

Salah seorang pelajar dari MRSM Kuala Kubu Baru yang turut mendapatkan perkhidmatan tuisyen secara persendirian di Pusat Tuisyen Perintis Didik. Pelajar ini akan mendapatkan khidmat tuisyen apabila terdapat sebarang cuti sekolah.

Alhamdullilah berkat kesungguhan semua pihak, pelajar ini berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang iaitu Matematik Moden A+ dan Fizik B. Pelajar ini telah mengambil beberapa subjek SPM iaitu Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik, Kimia dan Biologi.


e9916386-9e3e-4fe3-bc4b-48cd162c942d