JAWATAN KOSONG

PEMBANTU PENTADBIRAN (PART-TIME)

Bidang tugas:

  • Membantu menguruskan operasi tuisyen setiap hari. Jadual akan disusun oleh pihak pengurusan,
  • Merekod dan memantau kehadiran para guru dan pelajar. 
  • Menyemak yuran pelajar dan gaji guru pada setiap bulan dan melaporkan kepada pihak pengurusan dari masa ke masa.
  • Bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan pusat tuisyen sepanjang masa.
  • Berkomunikasi dengan pihak pengurusan, guru, pelajar dan ibubapa.
  • Melaporkan perkembangan pusat tuisyen kepada pihak pengurusan.

Kelayakan:

  • Sekurang-kurangnya mempunyai diploma dari mana-mana IPTA atau IPTS yang diiktiraf.
  • Mempunyai personaliti menarik dan keupayaan berkomunikasi dengan baik.
  • Mahir menggunakan perisian Microsoft office seperti Word dan Excel.
  • Boleh mengawal emosi semasa berhadapan dengan kakitangan dan pelanggan.
  • Mempunyai pengangkutan sendiri samada kereta atau motor.

Lain-lain Maklumat:

  • Jawatan hanya separuh masa atau ‘part-time’. Kebiasaanya, Isnin hingga Jumaat jam 8.00 malam hingga 10.00 malam manakala Sabtu dan Ahad sekitar 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Jadual tugasan akan dibahagikan mengikut hari dan masa.
  • Sekiranya anda jenis suka bercuti seperti balik kampung, melancong dan seumpamanya, anda tidak digalakkan memohon kerana tuisyen turut dibuka pada Cuti Am kecuali musim-musim tertentu seperti Hari Raya dan seumpamanya.

Jika anda berminat, sila serahkan resume  anda ke emel: perintisdidik@gmail.com. Tulis tajuk emel anda iaitu ‘Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir’. Sekian, terima kasih.