Testimonial

Pusat Tuisyen Perintis Didik merupakan pusat tuisyen yang baik. Guru-guru yang mengajar amat membantu saya untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran. – Mohd Iqbal, Tingkatan 5 (2012), SMK Seksyen 7, Shah Alam.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pusat Tuisyen Perintis Didik sangat selesa untuk belajar. Guu-guru juga bagus dan senang untuk berkomunikasi. – Fatin Umirah, Tingkatan 4 (2012 & 2013), SMK Seksyen 16, Shah Alam

Kemudahan yang disediakan di Pusat Tuisyen Perintis Didik sangat selesa. Selain itu, Tenaga Pengajar juga sangat prihatin dan mudah untuk berkomunikasi. – Fatin Syafeira, Tingkatan 5 (2012), SMK Seksyen 16, Shah Alam.

Pusat Tuisyen Perintis Didik adalah pusat tuisyen terbaik yang pernah saya sertai. Cikgu-cikgu yang tidak akan saya lupa seperti Cikgu Sam, Cikgu Afiq, Cikgu Nairul, Cikgu Ain, Cikgu Fatimah, Cikgu Radzihad, Cikgu Shuhada dan Cikgu Nisa.  Cikgu-cikgu yang mengajar amat baik sekali. Saya amat menyayangi cikgu-cikgu saya. Saya berharap agar dapat berjumpa dengan cikgu-cikgu semua, insyaallah. – Reezal bin Rosli, Tingkatan 5 (2012), SMK Seksyen 7, Shah Alam.

Pusat Tuisyen Perintis Didik merupakan sebuah pusat tuisyen yang terbaik pernah saya ikuti. Sebelum ini saya pernah memasuk pusat tuisyen yang lain tetapi saya tidak gembira. Saya mula berasa gembira apabila memasuki Pusat Tuisyen Perintis Didik. – Mohd Syazreen bin Johanis, Tingkatan 5 (2012), SMK Seksyen 7, Shah Alam

Pusat Tuisyen Perintis Didik sangat bagus . Saya suka belajar di sini. Saya dapat menimba ilmu pengetahuan yang sangat luas. Saya berharap pusat tuisyen ini dapat melahirkan ramai pelajar yang cemerlang, terbilang dan dapat diperbesarkan serta menarik perhatian orang ramai. – Adib Zhafran bin Adnan, Tingkatan 5 (2012), SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Keadaan kelas yang selesa, perkhidmatan tuisyen yang sangat memuaskan dan guru-gurunya yang baik. Saya berharap Pusat Tuisyen Perintis Didik dapat menjadi pusat tuisyen yang menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan membantu lebih ramai pelajar yang berjaya. Selain itu, Pusat Tuisyen Perintis Didik juga menawarkan harga yang berpatutan. – Syarifah Fadhilah binti Syed Zainuddin, Tingkatan 5 (2012), SAMTTAJ.

Keistimewaan belajar di Pusat Tuisyen Perintis Didik ialah pusat tuisyen ini mempunyai ruang kelas yang luas. Selain itu, guru-guru disini juga ‘sporting’. Saya berasa gembira belajar disini dan Pusat Tuisyen Perintis Didik lain daripada yang lain. – Mohd Fikri Rasiyuddin, Darjah 6 (2012), SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam

Pusat Tuisyen Perintis Didik amat bersih, mempunyai guru yang riang, kelas yang selesa dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Saya seronok melihat telatah rakan-rakan. Pusat Tuisyen Perintis Didik bagus dan seronok! – Mohd Syafiq bin Enra Zuana, Tingkatan 1 (2011), SMK Seksyen 7, Shah Alam

Saya sangat seronok belajar di Pusat Tuisyen Perintis Didik. Tuisyen ini bagus, ceria dan gurunya baik. Guru-guru di sini riang belaka. Saya berharap Pusat Tuisyen Perintis didik dapat menambah lagi ramai pelajar untuk darjah empat, lima dan enam – Syamil Rafiqi bin Razaki Shah, Darjah 6 (2012) SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam.