PENGENALAN

SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Tuisyen Perintis Didik terletak di Jalan Kristal AR7/AR, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pusat tuisyen ini telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010 oleh Encik Muhammad Alisam bin Ismail. Menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dalam melahirkan generasi baru yang cemerlang pada masa akan datang, beliau telah memulakan langkah dengan mengajar tuisyen secara separuh masa di beberapa buah pusat tuisyen di sekitar Selangor.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan tersebut, beliau telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah pusat tuisyen yang dikenali sebagai Pusat Tuisyen Perintis Didik di Shah Alam. Idea penubuhan pusat tuisyen ini tercetus apabila beliau merasakan perkongsian ilmu pengetahuan bukan sekadar terletak pada bahu guru sekolah semata-mata sebaliknya semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan dalam mendidik generasi muda iaitu para pelajar untuk menjana kecemerlangan dan kejayaan dalam pendidikan.

_MG_5344

Bertemakan ‘tuisyenku, sekolahku dan rumahku’, pusat tuisyen Perintis Didik terbuka kepada pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta mempunyai pelbagai keistimewan seperti mematuhi piawaian dan sukatan pelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Selain itu, Pusat Tuisyen Perintis Didik menawarkan perkhidmatan secara berkumpulan dan persendirian (private tuition) dengan menggunakan pendekatan teknik pembelajaran dua hala antara tutor dan pelajar melalui perbincangan, latihan dan ulangkaji secara berterusan.Lebih menarik, Pusat Tuisyen Perintis Didik menawarkan harga yang murah dan berpatutan bagi tidak membebankan ibubapa dan pelajar.

Selain itu, ruang belajar dan kelas yang bersih, ceria serta kondusif bagi memastikan para pelajar dapat belajar dengan selesa dengan satu kelas memuatkan lingkungan pelajar yang kecil sahaja iaitu sekitar lapan hinnga 16 pelajar, bergantung kepada keluasan kelas yang ada). Pusat Tuisyen Perintis Didik juga melantik tenaga pengajar (tutor) yang mempunyai kelayakan dan latar pendidikan yang baik, berpengalaman, kreatif dan mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik.

Gambar Pelajar UPSR Baitul Hasanah

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Bersesuaian dengan pepatah melayu yang cukup popular ini, Pusat Tuisyen Perintis Didik tidak hanya hanya tertumpu kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan utama (UPSR, PT3 dan SPM) semata-mata, tetapi turut terbuka kepada pelajar-pelajar seawal usia enam dan tujuh tahun.

Pusat Tuisyen Perintis Didik menghargai niat murni ibubapa dan pelajar agar dapat bersama-sama berusaha untuk mentransformasi pelajar hingga peringkat yang tertinggi. Sertai Pusat Tuisyen Perintis Didik, serlahkan potensi dan sama-sama menjadi generasi yang cerdik pandai!


MISI PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK


VISI PUSAT TUISYEN PERINTIS DIDIK

Menjadikan Pusat Tuisyen Perintis Didik sebagai sebuah rangkaian institusi pendidikan swasta yang maju, berpotensi dan dinamik.