DEFINISI TUISYEN

Ikmal Shameer

Apakah yang dimaksudkan dengan TUISYEN?

Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan tuisyen berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu ‘tuition’ yang membawa maksud ‘pengajaran’.

Mengapakan tuisyen itu perlu?

Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran atau tertinggal dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar-pelajar berkenaan mungkin menghadapi pelbagai kekangan seperti tidak minat belajar, sukar untuk memahami tentang sesuatu subjek dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian di dalam kelas sehingga pelajar berkenaan tertinggal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seseorang pelajar memerlukan tuisyen iaitu bimbingan tambahan.

Apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang pelajar boleh tertinggal matapelajaran di dalam kelas? 

Terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar tertinggal pelajaran di dalam kelas. Antara faktor utama ialah jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas iaitu sekitar 30 hingga 40 pelajar. Apabila terlalu ramai, guru sekolah tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajar ini. Selain itu, pelajar juga boleh tertinggal kerana faktor persekitaran seperti kebersihan kelas, pergaulan yang tidak terkawal dan waktu belajar yang terlalu panjang.

Apakah perbezaan antara pembelajaran tuisyen dan pembelajaran di sekolah?

Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Ramai yang menyalah anggap peranan tuisyen yang sebenar dan meletakkan peranan tuisyen seperti pembelajaran di sekolah. Peranan utama tuisyen adalah pelatihan (coaching), para pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen/tutor untuk menguasai pemahaman tentang sesuatu subjek disamping memberi latihan dan latih tubi (bergantung kepada jenis subjek).

Apakah kelebihan sekiranya pelajar belajar di Pusat Tuisyen?

Pusat tuisyen menawarkan pelbagai kelebihan untuk pelajar-pelajarnya. Seperti Pusat Tuisyen Perintis Didik,adalah terletak pada keakraban antara guru tuisyen/tutor dan para pelajar. Elemen ini adalah penting agar penyampaian ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan lebih sempurna. Oleh itu, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah menghadkan pengambilan pelajar yang tidak terlalu ramai (lingkungan 10 hingga 12 pelajar sahaja setiap kelas). Dengan cara ini, guru tuisyen atau tutor dapat mengenal pasti setiap kelebihan dan kelemahan para pelajar-pelajar dengan lebih terperinci, secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat memberi perhatian dalam sesi pembelajaran kelas.

Selain itu, Pusat Tuisyen Perintis Didik amat menekankan soal kebersihan dan keceriaan kelas. Soal kebersihan adalah penting agar pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan tenang. Buat masa sekarang Pusat Tuisyen Perintis Didik mengadakan kelas pada waktu siang dan malam serta kelas pada hujung minggu. Pusat Tuisyen Perintis Didik juga sentiasa cakna dan berusaha untuk tidak membebankan para ibubapa dan penjaga dengan mengenakan bayaran yuran yang sangat berpatutan.

Justeru, pilihan untuk belajar tuisyen adalah satu pilihan yang sangat tepat. Penuhi aktiviti pelajar dengan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat untuk masa hadapan mereka. Pupuklah minat dan minda generasi-generasi muda ini agar terus dahagakan ilmu pengetahuan. Pusat Tuisyen Perintis Didik sedaya-upaya membantu para pelajar untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.