+(60) 12 935 6449
perintisdidik@gmail.com

BAHAYA MAKAN MI SEGERA

Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar dan baca tentang pelbagai penyakit dah menyerang tubuh badan manusia. Tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, macam-macam cerita kita dengar tentang penyakit yang berpunca daripada makanan.

Okay, kali ni Admin nak sangat bagi peringatan kat pelajar luar sana supaya jaga pemakanan harian kita, tak kisahlah makanan atau minuman. Salah satu makanan yang paling senang nak dapat kat kedai tapi paling penting kita kena jauhkan atau hindarkan ialan ‘Mi Segera’. Macam-macam jenis jenama ada dijual kat kedai. Dah la senang nak dapat harga pulak murah dan sesapa saja boleh beli.

Tapi ingat, jangan sebab nak murah, kwsihatan tubuh badan kita terabai dan lama-kelamaan terpaksa tanggung berbagai-bagai jenia penyakit.

Admin ada baca surat khabar tentang mi segera ni. Mari kita ambil tahu sikit hal-hal berkaitan mi segera supaya masing-masing boleh ambil iktibar.

Perkara yang peelu diketahui ialah misegera miliki kandungan garam yang tinggi. Tak elok untuk badan. Lebih 98% daripada 707 sampel mi segera kat pasaran negara kita mengandungi garam yang tinggi. Banyak produk mi segera tak pamerkan kandungan garam atau nutrisi pada bungkusan produk mereka.A pabila kita makan banyak garam, ia boleh menyebabkan kita diserang penyakit kardivaskular dan tekanan darah tinggi.

Memakan sebungkus mi segera hampir sama dengan kadar pengambilan garam harian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kurang 5 gram sehari. – kajian-

Kalau boleh, jauhkan makan mi segera. Nak kata sedap, takde la sedap mana kan! Sedap lagi masakan mak kita. Jaga kesihatan mulai hari ini. Jangan tunggu kita rebah, baru nak menyesal.

Sumber utama: Berita Harian, Khamis, 17 Oktober 2019.

Comments are closed.