+(60) 12 935 6449
perintisdidik@gmail.com

CHETAH: MAMALIA PALING LAJU ATAS TANAH

Siapa sangka, si wajah comel persis kucing peliharaan ini merupakan haiwan yang paling laju berlari di atas tanah. Bayangkan haiwan yang digelar cheetah mampu berlari sejauh 90 hingga 100 kilometer sejam. tapi, tahu tak cheetah sebenarnya hanya guna separuh saja kelajuan untuk mengejar atau menangkap mangsanya. Ye lah, mana ada haiwan lain yang mampu menandingi kelajuan cheetah!

Cheetah ni merupakan pemangsa yang sangat istimewa. Ketajaman mata cheetah mampu memburu mangsanya dengan cepat dan pantas. Cheetah ni bijak dan susah nak nampak, pandai menyorok katanya. Ini kerana badan cheetah yang dah nak hampir sama dengan warna sekelilingnya seperti rumput kering panjang-panjang yang tumbuh di tanah Afrika. Ini menyebabkan haiwan lain susah nak perasaan kewujudan cheetah berhampiran mereka. Sedar, sedar dah kena ngap!

Selalunya cheetah akan terkam mangsa dan menjatuhkannya di atas tanah dengan menggigit  bahagian leher mangsa. Dengan giginya yang tajam dan cengkaman yang kuat, memang agak mustahil untuk mangsa melepaskan diri.

Cheetah tinggal di benua Asia dan Afrika tapi sekarang ni populasi cheetah dah makin berkurangan  dan boleh dikategorikan sebagai haiwan yang kian pupus. Banyak tempat tinggal cheetah telah diceroboh oleh manusia dan pembangunan.

Cheetah ni terdiri daripada kelompok kucing, tapi kucing yang besar dan ganas, haha! Selain cheetah, ada lagi beberapa haiwan yang menyerupai cheetah seperti tigers, lions, leopards, jaguars dan cougars. Nanti kita cuba kenal-kenal dengan haiwan ini pula ya!

Comments are closed.