+(60) 12 935 6449
perintisdidik@gmail.com

Cuti Sekolah Muncul Lagi

Nampaknya cuti sekolah sudah muncul pada bulan Mac ini? Pasti ramai yang tak sabar menantikan saat-saat ini kan! Maklumlah, lebih kurang seminggu juga pelajar-pelajar akan meninggalkan sekolah mereka buat sementara waktu.

Pasti pelbagai perancangan yang telah dibuat untuk cuti sekolah kali ini ya? Ada yang merancang untuk balik kampung bersama keluarga tercinta, ada yang berhasrat untuk menyertai program-program cuti sekolah dan pasti ada juga yang tak mahu buang masa untuk terus belajar dengan menyertai kelas-kelas tuisyen, betul tak?

Walau apa jua rancangan yang hendak dilakukan, para pelajar hendaklah bijak menggunakan masa cuti sekolah dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat supaya masa tidak terabai begitu saja!

Untuk kesempatan ini, Pusat Tuisyen Perintis Didik nak mengucapkan selamat bercuti, semoga hari-hari yang ditempuh dapat mewarnai hidup anda sekalian.

Pusat Tuisyen Perintis Didik beroperasi seperti biasa untuk tempoh seminggu cuti sekolah ini tau! Masa itu emas. Selamat meneruskan tuisyen khas buat pelajar-pelajar di Pusat Tuisyen Perintis Didik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *