+(60) 12 935 6449
perintisdidik@gmail.com

LIMA CARA BERKESAN ULANGKAJI PELAJARAN

Untuk post kali ini, admin akan kongsikan lima cara yang berkesan untuk ulangkaji pelajaran. Jom kita baca:-)

  1. Pergi perpustakaan – Bila kali terakhir anda menjejakkan kaki ke perpustakaan? Ha, inilah tempat yang berkesan sekiranya anda nak ulangkaji pelajaran sekolah. perpustakaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti buku-buku rujukan, komputer, surau, aircond, meja dan kerusi yang selasa serta pelbagai lagi. Lepas ni rajin-rajin pergi perpustakaan ye, ajak kawan-kawan lagi seronok!
  2. Membaca antara solat Maghrib dan Isya’- Satu lagi cara berkesan nak ulangkaji pelajaran ialah selepas Solat Maghrib. Sementara nak tunggu Solat Isya’ tu, apa kata ambil buku dan baca beberapa topik yang sesuai. Selain dapat tumpuan semasa membaca, anda juga dapat menunaikan solat tepat pada waktunya.
  3. Menyertai kelas tuisyen – Menghadiri kelas tuisyen juga adalah cara yang berkesan untuk mengasah pengetahuan anda untuk subjek-subjek peperiksaaan. kelas tuisyen pada kebiasaanya diadakan pada waktu malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada waktu siang pada hari sabtu dan Ahad.
  4. Bangun awal pagi – ramai pelajar cemerlang meluangkan masa waktu pagi (selepas subuh) untuk mengulangkaji pelajaran.

    Pada waktu tersebut, tubuh badan kita lebih cergas dan minda kita juga lebih cerdas, kita akan dapat lebih menumpukan perhatian pada awal pagi.

  5. Sediakan ruang membaca – Satu lagi cara yang berkesan untuk ulangkaji pelajaran ialah dengan meyediakan ruang membaca yang selesa dan sesuai. Tidak perlu ruang yang luas dan nampak ‘mahal’, cukup memadai ada sebuah meja dan kerusi di dalam bilik dan hiaskan meja membaca tersebut dengan barang-barang kesayangan anda!

Itulah dia lima cara berkesan sekiranya anda hendak mengulangkaji pelajaran. Insyaallah jika diamalkan pasti membuahkan kejayaan. Selamat mencuba!

Comments are closed.