+(60) 12 935 6449
perintisdidik@gmail.com

Pelajar Pilihan

Ain Mahsuri binti Ismail

Kepercayaan pada diri sendiri adalah tunjang utama dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup seseorang. Kesenangan yang diperoleh tidak datang bergolek sebaliknya perlu datang dengan usaha gigih yang berterusan.

Presentation1Pelajar pilihan pada kali ini ialah seorang gadis manis bernama Ain Mahsuri binti Ismail. Beliau dilahirkan di Besut, Terengganu pada 24 Julai 1995. Ain mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kerandang dan berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di sekolah tersebut. Diatas kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR tersebut, Beliau menyambung pengajian tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud dan sekali lagi berjaya mendapat kejayaan 8A untuk semua subjek.

Selepas berada tiga tahun di sekolah asrama penuh tersebut, sekali lagi beliau terpaksa berpindah ke sekolah baru iaitu di Sekolah Menengah Nasiruddinshah untuk meneruskan pengajian di tingkatan 4 dan 5. Sepanjang belajar di sekolah baru itu, Ain banyak menempa kejayaan bukan sahaja dalam bidang akedemik tetapi bidang ko-kurikulum.

Pada waktu lapang, Ain banyak menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Selain itu, Ain juga gemar membaca buku dan melayari Internet. Baru-baru ini, beliau telah mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan SPM dan telah berjaya mendapat beberapa tawaran dan biasiswa untuk menyambung pengajian seperti tawaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam bidang Teknologi dan Taylor’s University dalam bidang Komunikasi Massa. Kini beliau sedang menunggu keputusan SPM yang bakal diumumkan pada awal tahun 2013 nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan Ain Mahsuri Ismail ya!

Ain Family

*****************************************************************************************************************************

Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada ‘wajah’ untuk ruangan PELAJAR PILIHAN ini? Jika anda berminat, cepat hantar profil (tidak lebih daripada 100 patah perkataan) dan gambar anda ke alamat perintisdidik@gmail.com. Jika anda terpilih, profil anda akan dipaparkan di ruangan ini untuk sesi tahun 2013 nanti! Syarat-syaratnya mudah sahaja! Sila baca perkara dibawah:

  • Terbuka kepada pelajar lelaki atau perempuan
  • Mempunyai beberapa keping gambar yang cantik dan menarik
  • Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam peperiksaan samada UPSR, PMR dan SPM (Percubaan SPM)
  • Mempunyai  bakat dan keistimewaan yang tersendiri yang boleh dikongsi bersama pembaca-pembaca yang lain
  • Terbuka kepada semua yang berumur antara 10 tahun hingga 17 tahun

 Pelajar yang terpilih akan dihubungi oleh Pusat Tuisyen Perintis Didik dan bakal menerima hadiah istimewa! Hubungi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *