+(60) 12 935 6449
perintisdidik@gmail.com

PROGRAM KERJASAMA

Program Kerjasama

Selain menawarkan khidmat tuisyen, Pusat Tuisyen Perintis Didik turut menawarkan program-program pendidikan seperti seminar pendidikan, program pengukuhan tuisyen, bengkel kemahiran, slot motivasi dan ceramah, kursus perniagaan dan pendidikan serta pelbagai lagi.

Program ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak samada seperti organisaai kerajaan, swasta atau secara individu. Sekiranya anda berminat untuk mengadakan program-program pendidikan bersama Pusat Tuisyen Perintis Didik, boleh hubungi Cikgu Sam Ismail (Pengurus Besar) talian 012-9356449 untuk ketahu dengan lebih lanjut.

Bait Al-Hasanah, Lembaga Zakat Selangor

Program Pengukuhan Tuisyen bersama Pelajar-Pelajar Bait Al-Hasanah, Klang, Selangor

Bermula Mac 2018, Pusat Tuisyen Perintis Didik telah diberi mandat oleh Lembaga Zakat Selangor untuk mengajar pelajar-pelajar daripada Bait Al-Hasanah, Klang, Selangor. Mereka terdiri daripada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan USPR, PT3 dan SPM tahun 2018.

Maahad Tahfiz Amni, Denai Alam

Program Pengukuhan Tuisyen bersama Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Amni, Denai Alam

Pusat Tuisyen Perintis Didik turut menjalinkan kerjasama dengan Maahad Tahfiz Amni, Denai Alam melalui Program Pengukuhan Tuisyen khas untuk pelajar-pelajar lelaki sekolah berkenaan.