+(60) 12 935 6449
perintisdidik@gmail.com

PROGRAM TUISYEN PERCUMA 2019

Pusat Tuisyen Perintis Didik akan mengadakan Program Tuisyen Percuma 2019 khas untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM untuk tahun 2019.

Program ini terbuka kepada para pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga kurang berkemampuan. Antara syarat-syarat utama ialah ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan isi rumah RM2,000.00 sebulan. Selain itu, anak yatim dan ibu tunggal yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan yang dinyatakan di atas juga digalakkan memohon.

Pusat Tuisyen Perintis Didik mengalu-alukan pelajar yang mempunyai kriteria-kriteria yang dinyatakan agar dapat memanfaatkan peluang yang ditawarkan ini.

Untuk makluman, program ini diadakan bertujuan meringankan bebanan ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak menyertai kelas tuisyen. Selain itu, matlamat utama program ini juga bagi menggalakkan pelajar untuk memupuk minat pelajar dan tidak menjadikan alasan kemampuan keluarga sebagai halangan untuk menyertai kelas tuisyen.

Sekiranya ada yang ingin menyertai program ini, sila hubungi Cikgu Ismail talian 012-935 6449 untuk tindakan selanjutnya. Tempat adalah terhad.

Comments are closed.