Sumber yang diperoleh daripada laman sesawang rasmi www.permohonan.my menjelaskan bahawa universiti terbaik di Malaysia setakat ini (2019) masih diterajui oleh Universiti Malaya (UM) yang terletak di Kuala Lumpur. Untuk peringkat dunia, UM terletak di tangga 87. Angka ini cukup membanggakan.
Tangga kedua pula jatuh ke universiti yang terletak di Serdang, tak lain tak bukan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tempat ketiga telah menjadi milik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
Umum mengetahui, banyak faktor yang mendorong sesebuah universiti itu tersenarai sebagai universiti terbaik dan salah satunya ialah jumlah dan kualiti kajian (research) yang dihasilkan oleh universiti berkenaan
Kita harapkan pada masa akan datang, banyak lagi universiti awam dan swasta yang ada di Malaysia akan dapat menembusi carta universiti terbaik untuk peringkat antarabangsa.